klik kalau berani... PASTIKAN ANDA 18 TAHUN KE ATAS..

Sunday, August 30, 2009

Nizar VS Zambry : Kepala Lembu Merdeka : Biodata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim


Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (lahir 14 Disember 1946) merupakan Menteri Besar Selangor ke-14 dan terkini. Beliau juga merupakan seorang bekas ahli korporat berbangsa Melayu dan juga bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Pendidikan
Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, P.S.M., D.P.M.S., D.S.A.P lahir pada 1946 di Kampung Jalan Raja Abdulah, Jeram, Kuala Selangor,Selangor. Khalid Ibrahim belajar di Sekolah Melayu Jeram pada 1956 dan menduduki Special Malay Class. Seterusnya belajar di Sekolah Inggeris Kampung Kuantan. Khalid Ibrahim mendapat ijazah BA.Hons dalam jurusan Ekonomi dari Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Queensland, Australia pada 1975.

Kerjaya
Khalid Ibrahim pernah bekerja sebagai guru, pensyarah universiti, pegawai kredit , pegawai kewangan korporat dan memegang pelbagai jawatan tinggi dalam Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Kemudian, beliau melangkah ke arena korporat dan berada dalam kedudukan CEO dari 1979-1964 di bawah firma syarikat kewangan yang diselia kerajaan, Pemodalan Nasional Berhad (PNB). Pada 1981, beliau menjadi terkenal setelah menyelesaikan "dawn raid" di London Stock Exchange, yang mana PNB mencatat agihan 51% syer di syarikat perindustrian British iaitu Guthrie kurang daripada dua jam. Khalid kemudian menjadi CEO Malaysianized Guthrie, yang kini dikenali sebagai Kumpulan Guthrie Bhd, dari 1995 hingga 2003.

Beliau pernah menghadiri kursus USA International Visitors Program pada 1983 dan Eisenhower Exchange Fellowship Program pada 1989. Beliau juga pernah menjadi ahli majlis eksekutif Unit Investment Fund dan ahli Financial Engineering Advisory Forum di Islamic Development Bank, Jeddah, Arab Saudi. Beliau juga ahli APEC Business Advisory Council (ABAC)

Politik
Beliau kemudian meninggalkan lapangan korporat dan menyertai dunia politik, menyertai parti pembangkang yang berbilang kaum iaitu PKR. Mulanya sebagai Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ketua Perhubungan PKR Selangor . Kemasukan beliau selaku tokoh ekonomi ke dalam PKR memberi rentak baru dalam pakatan pembangkang yang kemudian dikenali sebagai Pakatan Rakyat.

Dalam Pilihan Raya Kecil Ijok 2007 beliau ditumpaskan oleh cikgu muda K. Parthiban dari Kongres India Se-Malaysia (MIC), sebuah parti kompenen dalam Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 1,920 undi.Dalam pilihan raya kecil Ijok, ucapan tersasulnya 'Undilah Barisan Nasional' telah diulang-ulang dalam media elektronik.

Ketika Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 pada 8 Mac 2008, beliau bertanding bagi kerusi Parlimen P124 Bandar Tun Razak dan Dewan Undangan Negeri N11 Ijok yang mana beliau berjaya menguasai kedua-kedua kerusi yang beliau tandingi. Beliau menewaskan Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri , Datuk Tan Chai Ho dari Barisan Nasional/MCA di Parlimen Bandar Tun Razak dengan majoriti 2,515.Khalid memperoleh 28,123 undi sementara Tan Chai Ho mendapat 25,608 undi. Khalid mendapat 7,196 undi berbanding 5,276 yang diperoleh calon BN, Datuk Mohamed Sayuti Said di DUN Ijok pada 8 Mac 2008

Menteri Besar Selangor
Beliau dilantik menjadi Menteri Besar Selangor dan secara rasminya beliau mengangkat sumpah bermula 13 Mac 2008 di Istana Bukit Kayangan,Shah Alam,Selangor.[3] Beliau merupakan orang pertama yang bukannya mewakili parti komponen Barisan Nasional untuk dilantik menjadi Menteri Besar Selangor. Ketiga-tiga belas Menteri Besar sebelumnya mewakili Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah parti komponen utama BN.

Anugerah
Pada 15 Disember 1998, beliau dianugerah sebagai CEO Malaysia Terbaik 1997 dari majalah Business Times anjuran Business Times Sdn. Bhd. dan the American Express Corporate Services. Khalid Ibrahim juga menerima Anugerah International Alumnus dari Universiti Queensland 2001.

Pada 10 Julai 2003 menerima anugerah “AAAB Captain of Industry Award 2002” (First Asian Academy of Applied Business”) dari Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu. Seterusnya menjadi pensyarah pelawat di Oxford Centre of Islamic Studies, Universiti Oxford

Guthrie Malaysia
Khalid menjadi CEO Guthrie dari1995-2003. Atas jasa beliau, Guthrie Berhad telah membina Lebuh raya Guthrie dari Kuala Selangor ke Sungai Buluh bersambung dengan Lebuh raya Utara Selatan. Pusat latihan penyelenggaraan jentera industri dengan kerjasama UMW Berhad telah dibina di Kuala Selangor. Program Rakan Jaya Diri diadakan di Kuala Selangor bagi melatih pelajar yang tercicir dari persekolahan dan seterusnya bekerja dengan Guthrie Berhad

Isu kontroversi

Menyertai PKR
Pada 25 April 2007, Datuk Seri Najib Tun Razak menuduh Khalid Ibrahim kecewa kerana tidak mendapat 20 % saham Guthrie. Mulaya beliau meminta 6.5 % pada 1994 dan meningkat kepada 20 %. Untuk 6.5% dia terpaksa meminjam RM175 juta. Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah menulis surat kepada pengerusi PNB, Tun Ismail Mohd Ali agar saham diberikan kepada Khalid Ibrahim. Ismail Mohd Ali ialah abang ipar kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.Tan Sri Mohd Desa Pachi pula menjadi Ketua Pegawai Eksekutif pertama PNB
Bekalan air Selangor
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bercadang menaikkan tarif air di Selangor. Keputusan kenaikan tarif air akan dibuat oleh kerajaan Persekutuan tetapi kerajaan Selangor akan membuat beberapa cadangan supaya perkara ini tidak akan membebankan rakyat. Strategi pengurusan air kerajaan Pulau Pinang yang kosnya dikatakan lebih rendah daripada Selangor akan diteliti.

Perjanjian konsesi air antara kerajaan persekutuan, kerajaan Selangor dan Syabas selama 30 tahun (1 Jan 2005 hingga 31 Dis 2034), tarif air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sepatutnya dinaikkan sebanyak 37 peratus pada 1 Jan 2009, tetapi dilanjutkan kepada 31 Mac 2009 bagi membolehkan kerajaan negeri Selangor menyusun semula industri air. Perjanjian konsesi itu boleh dibatalkan dan tarif air boleh distrukturkan semula jika semua aset pemegang konsesi air diserahkan kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).Penilaian semua aset Puncak Niaga, Syabas, ABASS Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluaran Air Selangor Holding Bhd (SPLASH) sedang dirunding. Puncak Niaga menetapkan lebih RM6 bilion sebagai nilai pengambilalihan semua aset berkenaan oleh kerajaan negeri Selangor.

Oleh kerana Syabas telah melanggar beberapa terma penting yang ditetapkan dalam perjanjian konsesi selama 30 tahun maka Selangor meminta kerajaan persekutuan membatalkan perjanjian konsesi itu. Antara laporan Jabatan Audit Negara ialah :

Ada projek yang tidak ditender dan lebih RM500 juta daripada kontrak itu dibuat secara rundingan langsung. Selain itu ada beberapa perbelanjaan yang tidak mengikut syarat dan terma perjanjian konsesi.
Syabas membelanjakan lebih RM50 juta untuk menaik taraf pejabatnya di Shah Alam sedangkan Jabatan Kawal Selia Air Selangor (JKAS) hanya meluluskan peruntukan sebanyak RM23.2 juta pada 2005

Tender Rundingan Terus
Pada 12 April 2008, Abdul Khalid Ibrahim menghapuskan tender rundingan terus kepada kontraktor Bumiputera kerana 98 % diperoleh dan dilaksanakan oleh kumpulan tertentu ketika Barisan Nasional / UMNO memerintah Selangor. Walaupun nama syarikat berbeza tapi pemegang saham dalam syarikat itu tetap sama. Kontraktor terbabit tidak akan disenaraihitamkan kecuali jika kontraktor terbabit gagal melaksanakan projek dalam tempoh yang telah ditetapkan. 'Pena sakti' Menteri Besar tidak diperlukan untuk mendapatkan tender kerajaan negeri. Keputusan tende ditentukan oleh semua anggota Exco dan pegawai yang terlibat.


Perhimpunan 14 April
Perhimpunan 14 April tanpa permit sempena pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diadakan di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Abdul Khalid selaku Presiden Kelab Sultan Sulaiman meminta nasihat daripada Penasihat Undang-undang Negeri Selangor Datuk Zauyah T. Lothy Khan dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Ramli Mahmud dan pihak PDRM kerana premis tersebut berpagar dan bukan kawasan terbuka. Perhimpunan itu sepatutnya tamat jam 11.00 malam tetapi ditamatkan oleh pihak polis pada jam 10.30 malam ketika Anwar Ibrahim sedang berucap. Lebih 7000 hadir dan menyebabkan kesesakan teruk di Kampung Baru Kuala Lumpur.


Dana Sambutan 100 Hari Pemerintahan Pakatan Rakyat
Pada 23 Jun 2008, beberapa syarikat swasta memberi sumbangan bagi Sambutan 100 Hari Pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor yang didepositkan ke dalam akaun Parti Keadilan Rakyat (PKR). bekas Ketua Pemuda PKR Mohamad Ezam Mohd Nor mendakwa tindakan itu tidak selaras wawasan Pakatan Rakyat. Khalid Ibrahim berikrar akan membekukan sumbangan tersebut, dipindahkan dari akaun [[PKR] ke akaun kerajaan negeri Selangor dan mengucapkan kad ucapan terima kasih kepada syarikat penderma terbabit.

Polis mengiringi pemimpin
Pada 15 Disember 2008, beliau mendakwa konvoi polis mengiringi Menteri Besar Selangor dan pemimpin lain akan menyekat kemesraan dan hubungan yang sedia terjalin antara pemimpin dengan rakyat. Oleh itu saranan anggota Dewan Undangan Negeri Seri Muda, Suhaimi Shafiei agar pemimpin diiringi oleh pasukan keselamatan tidak perlu. Isu ini berbangkit selepas ancaman 'serangan bogel' Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) dan mengejar Menteri Besar Selangor di majlis-majlis perasmiannya bagi membawa tuntutan mereka berhubung kadar kenaikan sewa Projek Perumahan Rakyat (PPR).


Lembu korban 2008
25 Januari 2009, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berjanji mendedahkan belanjawan kerajaan negeri Selangor Barisan Nasional pimpinan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir ToyoDewan Undangan Negeri Selangor. Harapan beliau agar tidak bertentangan dengan Akta Rahsia Rasmi (OSA.

Sebelum itu, Dr Mohamad Khir mengaku memiliki salinan minit mesyuarat bertarikh 28 November 2008 yang disahkan Menteri Besar yang mengarahkan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Selangor Incorporated Corporation (SIC) membiayai RM110,400 untuk pembelian 46 ekor lembu bagi ibadah korban dan peruntukan itu perlu ditanggung anak syarikat kerajaan negeri yang lain. Selain itu resit pembayaran RM110,400 bertarikh 16 Disember 2008 . Semua bukti itu diposkan kepada Dr Khr. 46 ekor lembu disedekahkan kepada surau-surau di Bandar Tun Razak sebagai satu tanggungjawab sosial korporat. Bandar Tun Razak bukan lagi dalam negeri Selangor tetapi di bawah pentadbiran Wilayah Persekutuan dan Khalid Ibrahim menjadi ahli parlimennya. Khir Toyo cuba membabitkan Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah yang tidak gemar wang kerajaan negeri Selangor disalurkan ke Wilayah Persekutuan atau negeri lain. Selepas ini negeri lain seperti Terengganu akan bertindak dalam cara yang sama

Sumber http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Khalid_Ibrahim

1 comment:

  1. Bagus artikelnya, menginpirasi kami semoga menjadi kebaikan.terimkasih
    Bagi bapak/ ibu yang membutuhkan guru Les Privat SD, SMP, SMA silahkan hubungi kami.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...