klik kalau berani... PASTIKAN ANDA 18 TAHUN KE ATAS..

Thursday, December 13, 2018

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (PM Malaysia ke 7)


Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (Tulisan Jawi: محضير بن محمد, IPA: [maˈhaðɪr bɪn moˈhamad]; dilahirkan pada 10 Julai 1925)atau cukup dikenali sebagai "Tun. M" ialah seorang doktor dan ahli politik Malaysia dan merupakan Perdana Menteri Malaysia ketujuh dan juga sebagai Ahli Parlimen Langkawi di Kedah.
 Beliau juga pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia keempat di mana beliau memegang jawatan selama 22 tahun (1981-2003) menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat.
 Dalam buku A Doctor in the House, Dr Mahathir menyatakan tarikh lahir sebenarnya ialah 10 Julai 1925, tetapi bapanya mendaftarkan tarikh lahir dalam sijil kelahiran sebagai 20 Disember untuk memudahkan urusan pendaftaran persekolahan. 
Menggunakan nama timangannya sendiri, "Che Det" sebagai nama pena, beliau banyak menulis dengan artikel pertamanya disiarkan oleh akhbar The Straits Times Singapura pada 20 Julai, 1947 bertajuk “Malay Women Make Their Own Freedom” (Wanita Melayu Mencipta Kebebasan Sendiri). 
Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau berjaya membawa pembangunan melalui dasar-dasar dan perancangan yang diilhamkan daripada kejayaan negara-negara luar sehingga mengangkat Malaysia ke pentas dunia sebagai salah sebuah negara yang berdaya maju di Asia Tenggara sehingga pernah dinamakan sebagai salah sebuah negara 'Harimau Ekonomi Asia'
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...