klik kalau berani... PASTIKAN ANDA 18 TAHUN KE ATAS..

Monday, August 31, 2009

Tun Abdul Ghafar bin Baba

Biodata Ghafar Baba



Tun Abdul Ghafar bin Baba (18 Februari 1925 - 23 April 2006) merupakan Timbalan Perdana Menteri di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Abdul Ghafar bin Baba mula memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 10 Mei 1986 sehingga 15 Oktober 1993. Kehadiran beliau dilihat sebagai tokoh penstabil politik Malaysia, ikon 'tokoh politik kampungan' yang berjiwa Melayu tulen

Kehidupan awal
Beliau dilahirkan pada 18 Februari 1925 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.Adik-beradiknya seramai 10 orang dan beliau menjaja ubi kayu di Melaka untuk menambah pendapatan keluarga. Ketika usia 14 tahun beliau menjadi pemungut bola golf dan bola tenis golongan atasan seperti Yang di-Pertuan Agong pertama, Tunku Abdul Rahman. Ketika umur 34 tahun beliau menjadi Ketua Menteri Melaka dan duduk semeja dengan Tunku Abdul Rahman apabila menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja di Istana Negara.

Pendidikan
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kuala Pilah (1931 - 1936) dan dan Sekolah Melayu Tangga Batu (1937 - 1940), Melaka. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Maktab Perguruan Sultan Idris (kini Universiti Pendidikan Sultan Idris), Tanjung Malim (1946 - 1949). Beliau memulakan kerjaya sebagai seorang guru (1949 - 1955) sebelum beralih sepenuhnya kepada kerjaya politik (1955 - 2004).

Keluarga
Beliau berkahwin dengan Allahyarhamah Toh Puan Hajjah Asmah binti Alang dan kemudian berkahwin dengan Dayang Heryati binti Abdul Rahim pada tahun 1992, tetapi bercerai pada tahun 2003. Beliau dikurniakan 11 orang anak. Antaranya ialah bekas ahli parlimen Batu Berendam , Dato Tamrin Abdul Ghafar dan anak bungsu Kartika Sri. Tiga anaknya telah meninggal dunia.

Politik
Tun Ghafar Baba mula mengorak langkah untuk memperjuangkan nasib bangsa dan negara Malaysia, apabila melibatkan diri dalam politik pada tahun 1940 dengan menyertai Kesatuan Melayu Muda (KMM) di Melaka ketika berusia 15 tahun. Kemudian aktif dalam PKMM sejak 1945 hingga 1948.

Pada 1955 Tun Ghafar menyertai UMNO di Melaka. Kira-kira 11 tahun kemudian, bintang politik beliau semakin terserlah apabila memegang beberapa jawatan seperti Setiausaha UMNO Melaka, Pengerusi UMNO Melaka, Pegawai Penerangan UMNO Malaya, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Naib Presiden UMNO (1962-1987), Ketua Perhubungan UMNO Sabah (1991) , Pengerusi BN Sabah (1992), dan Setiausaha Agung Barisan Nasional (1974-1993).

Beliau mula terbabit secara sepenuh masa dalam politik dengan bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri Melaka Luar pada pilihan raya umum pertama 1955. Kawasan pilihan raya terakhir yang diwakilinya ialah kawasan Parlimen Batu Berendam di Melaka yang dimenanginya pada pilihan raya umum 1999. Beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka atau Ahli Parlimen Jasin selama 49 tahun berturut-turut, menerusi 11 pilihan raya umum sejak 1955 hingga 1999.

Beliau merupakan antara kepimpinan UMNO yang telah berkhidmat di bawah 3 Perdana Menteri iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Mahathir. Beliau keluar kabinet selama 10 tahun apabila Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri. Apabila Tun Dr. Mahathir dilantik Perdana Menteri beliau masih berada di luar kerajaan dan hanya masuk kembali pada tahun 1986 apabila Tun Musa Hitam meletakkan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

MARA
Ghafar Baba pernah menjadi pengerusi MARA yang pertama dari 1 September 1967 hingga 31 Oktober 1971 bagi meninggikan martabat ekonomi orang Melayu. Beliau juga merupakan pengasas Kolej MARA (1972),Institut Kemahiran Mara, Yayasan Pelajaran Mara dan ITM yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah Utusan Melayu (M) Bhd dan Kompleks Kewangan selama 10 tahun bermula 1 September 1976 hingga 1986 apabila dilantik Timbalan Perdana Menteri.

Masalah kepimpinan MCA
Ghafar merupakan satu-satunya pemimpin UMNO yang diberi kepercayaan menerajui MCA sebagai pemangku Presiden MCA selama 10 bulan ketika parti berasaskan kaum Cina itu dilanda krisis akibat perebutan kuasa antara presidennya ketika itu, Tan Koon Swan dan bekas presiden Tan Sri Dr Neo Yee Pan.

Ketua Menteri Melaka
Seawal 1959 Tun Ghafar menolak tawaran jawatan Ketua Menteri Melaka sehingga memaksa Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj mengancam untuk membiarkan negeri itu tanpa Ketua Menteri. Ghafar akhirnya akur dengan kehendak Tunku dan memegang jawatan itu selama lapan (1959-1967) tahun.

Menolak jawatan Menteri
Pada 1974 Tun Ghafar meninggalkan kabinet pimpinan Perdana Menteri Tun Hussein Onn . Pada 1981 menolak jawatan Menteri Pelajaran yang ditawarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Antara jawatan yang disandangnya ialah Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Pada 1989 Tun Ghafar memangku jawatan Perdana Menteri semasa Dr. Mahathir menjalani pembedahan jantung.

Timbalan Perdana Menteri
Dalam pemilihan Perhimpunan Agung UMNO 1987, beliau berjaya mengalahkan Musa Hitam bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO dengan majoriti tipis, 40 undi.

Encik Ghafar Baba dilantik oleh Dr Mahathir Mohamad menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia selepas Musa Hitam meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 1987.

Pada 1993 Tun Ghafar berundur daripada jawatan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri apabila kedudukannya sebagai Timbalan Presiden UMNO dicabar oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tujuannya bagi mengelak perpecahan dalam parti dan mempertahankan kestabilan negara. Surat perletakan jawatan ditulis pada kertas Penerbangan Malaysia di bilik VIP Lapangan Terbang Antarabangsa Subang untuk berlepas ke Korea Selatan bagi tugas rasmi.


Jawatan
Setiausaha Kesatuan guru - guru 1949 - 1951,
Setiausaha UMNO Melaka 1951 - 1955
Pengerusi UMNO Melaka 1955 - 1973
Ketua Menteri Melaka 1959 - 1967
Ahli Majlis Tertinggi UMNO 1957 - 1993
Ketua Penerangan UMNO 1958 - 1962
Naib Presiden UMNO 1962 - 1987
Presiden de facto MCA pada tahun 1985 (MCA mengalami krisis kepimpinan pada 1985 dan 1986)
Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri 1986 - 1993

Penghargaan
Tun Ghafar Baba enggan menerima sebarang gelaran datuk atau pingat daripada mana-mana sultan . Tambahan pula Melaka tidak mempunyai sultan atau raja kecuali Yang diPertua Negeri Melaka. Sehingga akhir hayatnya beliau dipanggil Encik Ghafar sahaja. Beliau menerima gelaran Tun selepas bersara sepenuhnya daripada politik.

Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba di Masjid Tanah, Melaka juga dinamakan sempena nama beliau. Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Masjid Tanah. Encik Abdul Ghafar bin Baba selaku Ketua Menteri Melaka telah meletakkan batu asas pada 24 September 1962.
MRSM Jasin ditukar nama kepada MRSM Tun Ghafar Baba pada 27 Julai 2006 selepas beliau meninggal dunia bagi mengenang jasa beliau. Majlis penjenamaan semula itu dilakukan oleh Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi, Y.B Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin.
Muzium Tun Abdul Ghafar merupakan rumah asal beliau di Jasin, Melaka.
Enam Felda di Melaka dinamakan semula sempena nama Tun Abdul ghafar iaitu Felda Tun Ghafar Machap, Felda Tun Ghafar Hutan Percha, Felda Tun Ghafar Menggong, Felda Tun Ghafar Kemendor, Felda Tun Ghafar Air Kangkong dan Felda Tun Ghafar Bukit Senggeh. Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perkara itu pada 7 April 2007.

Meninggal dunia
Pada 23 April 2006. Beliau meninggal dunia di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada pukul 7:35 pagi kerana komplikasi jantung, paru-paru dan buah pinggang. Beliau berusia 81 tahun ketika menghembuskan nafas terakhirnya. Jenazah beliau dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan bekas isterinya Dayang Heryati binti Abdul Rahim.Sembahyang jenazah diketuai oleh Imam Besar Masjid Negara, Datuk Kamaruddin Zakaria dan pengkebumian diketuai oleh Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Wan Halim Wan Harun.

Tun Abdul Ghafar merupakan negara ke-4 disemadikan di bawah kubah Makam Pahlawan selepas Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn . Jenazah lain ialah Tan Sri Syed Jaafar Albar, Allahyarham Tun Syed Nasir Syed Ismail, Allahyarham Tun Sardon Jubir, Allahyarham Tan Sri Mohd Noah Omar dan Allahyarham Tan Sri Abdul Kadir Yusof.

Biodata- Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak

Biodata Dato' Seri Najib PM ke-6


Ketahuilah kisah tentang-Perdana Menteri Malaysia kita

Impian sepanjang hayat Perdana Menteri Malaysia Ke-6, Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak, ialah satu Malaysia yang bersatu padu, aman dan makmur, dengan peluang yang bukan sedikit untuk semua rakyat. Sebagai putera kepada Perdana Menteri Malaysia Ke-2, Allahyarham Tun Abd Razak, Najib dilahirkan di tengah-tengah gelanggang politik.

Najib membesar dengan memerhatikan bapanya serta memahami kehendak politik arus perdana. Beliau sentiasa mengerti bahawa bila sampai waktunya beliau juga mahu berbakti kepada masyarakat dan negara. Namun pemergian bapanya pada ketika yang tidak dijangka, 14 Januari 1976, ketika menjejaki usia 54 tahun, telah menyorongkan Najib ke hadapan sehingga menjadi tumpuan utama. Lima minggu selepas pemergian bapanya, pada usia 22 tahun, Najib telah terpilih untuk mengisi kekosongan kerusi Parlimen Pekan, menjadikan beliau Ahli Parlimen yang paling muda dalam sejarah Malaysia.

Pada 2004, beliau telah menyandang jawatan kedua tertinggi dalam negara sebagai Timbalan Perdana Menteri, 47 tahun setelah bapanya dilantik ke jawatan yang sama.

Dato' Sri Mohd Najib dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis, Pahang. Beliau telah mendapat pendidikan di St. John’s Institution, Kuala Lumpur dan Malvern Boy’s College, Worcestershire, England sebelum menamatkan pengajian peringkat ijazah dalam bidang Ekonomi Perindustrian daripada Nottingham University. Sekembalinya ke Malaysia pada 1974, beliau telah menyertai dunia korporat bila berkhidmat untuk satu waktu yang singkat dengan Bank Negara, kemudiannya beralih ke PETRONAS (perbadanan petroleum negara) sebagai Pengurus Hal Ehwal Awam. Namun pemergian Tun Abd Razak secara tiba-tiba itu telah merobah corak kehidupan beliau secara dramatik.Najib pantas menyesuaikan dirinya dengan kehidupan umum sebagai Ahli Parlimen, dan kemudiannya mendapati kemahiran berpolitik itu begitu serasi dengan dirinya. Tidak lama kemudian, Najib yang masih muda belia telah memperlihatkan bahawa beliau ialah seorang ahli politik yang boleh dipercayai dan berkebolehan serta berhak dipanggil pemimpin atas keupayaan dirinya sendiri.

Pada tahun pertamanya sebagai Ahli Parlimen, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga Telekomunikasi dan Pos, dan kemudiannya menjawat jawatan Timbalan Menteri Pelajaran dan selepas itu Timbalan Menteri Kewangan. Pada 1982, Perdana Menteri yang baru, Dr. Mahathir Mohamad telah mencalonkan Dato’ Sri Mohd Najib untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Pekan. Berikutan dengan kejayaannya, Najib yang berusia 29 tahun ketika itu dilantik menjadi Menteri Besar Pahang, negeri terbesar di Semenanjung Malaysia. Pahang pada ketika itu hampir-hampir terjebak dalam satu krisis politik disebabkan oleh perbezaan yang serius antara bekas Menteri Besar dan Sultan Pahang. Tetapi Najib bukan sahaja sebutir bintang yang sedang bergemerlapan, beliau juga ialah salah seorang daripada Pembesar Berempat Istana Pahang (kerana mewarisi gelaran turun temurun sebagai Orang Kaya Indera Shahbandar). Dengan yang demikian diterima dengan tangan terbuka oleh pihak Istana. Krisis yang melanda itu dengan cepat dapat diredakan, memastikan perpaduan dalam UMNO Pahang.

Selanjutnya Najib memulakan langkah untuk mengukuhkan pendidikan di dalam negeri.Pada 1992 Najib telah memainkan peranan utama dalam penubuhan Yayasan Pahang, sebuah yayasan yang membaktikan kepada penggalakan pendidikan dan sukan di kalangan belia Pahang melalui biasiswa dan pembiayaan. Najib telah memperkukuh perusahaan negeri untuk memaksimumkan pendapatan daripada sumber kekayaan semula jadi negeri Pahang. Dengan kerjasama FELDA, Perbadanan Pembangunan Tanah Persekutuan, beliau telah merintis jalan kepada pembentukan skim penempatan tanah baru, memberikan peluang-peluang pendapatan baru kepada mereka yang tidak mempunyai tanah dan berada dalam kelompok yang berpendapatan rendah.Dato Sri Mohd Najib mula menyandang jawatan Timbalan Ketua Pemuda UMNO pada 1982, dan naik sebagai ketua pergerakan tersebut pada 1987. Pada 1988, setelah satu pergolakan menguasai parti, satu UMNO baru yang telah disusun semula diwujudkan dan Najib telah dilantik sebagai Ketua Pemuda, jawatan yang disandang beliau sehingga 1993.

Dalam pilihan raya 1986, Najib dikembalikan sebagai Ahli Parlimen kawasan Pekan, dan dilantik sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Sebaik sahaja dilantik beliau terus memberikan tumpuan kepada penggalakan sukan dan memperkenalkan Dasar Sukan Negara pada 1988. Pada 1989, Malaysia telah mencapai kejayaan yang terbaik pernah dicapainya di Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA), yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun itu.

Pada 1991, Dato’ Sri Najib telah dilantik sebagai Menteri Pertahanan. Najib telah mencergaskan semula sebuah Kementerian yang dilihat sebagai tidak bermaya dan lembap. Beliau telah memodenkan Angkatan Tentera Malaysia melalui peningkatan keupayaan, pemerolehan dan latihan strategik. Pada 1995, Dato’ Sri Najib mengalami perubahan dalam portfolio kabinet, yang mana beliau telah dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Beliau telah mengambil cabaran untuk menyambut aspirasi Malaysia yang baru sahaja diumumkan ketika itu, untuk menjadi sebuah negara maju yang sepenuhnya pada tahun 2020.

Sepanjang tempoh lima tahun perkhidmatannya, Najib telah mewujudkan mekanisme yang dapat membolehkan generasi rakyat Malaysia menghadapi cabaran masa mendatang. Beliau telah menstrukturkan semula Kementerian ini, memperbadankan universiti dan institusi awam, serta menggalakkan kerjasama dengan universiti dan institusi luar negara. Langkah ini telah memberikan lebih banyak peluang pendidikan kepada rakyat Malaysia dan meletakkan Malaysia sebagai satu hab pembelajaran serantau.

Dato' Sri Najib juga telah meningkatkan sijil perguruan kepada status diploma, supaya guru-guru dalam kategori tersebut dapat menerima gaji permulaan bulanan yang lebih tinggi.Pada 1999, berikutan pergolakan politik pada tahun sebelumnya, Najib memenangi pemilihan semula kerusi Parlimen Pekan. Beliau telah dilantik sebagai Menteri Pertahanan buat kali keduanya dan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memodenkan Angkatan Tentera Malaysia. Apabila beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 2004, Dato’ Sri Najib telah diserahkan dengan portfolio tanggungjawab yang banyak dan besar, termasuk mengawasi FELDA, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Beliau mempengerusikan 28 Jawatankuasa Kabinet yang membincangkan pelbagai isu.

Dato’ Sri Najib telah berkahwin dengan YABhg. Datin Sri Rosmah Mansor, dan bapa kepada lima orang anak.Pada 3hb April 2009, Dato; Sri Mohd Najib Tun Razak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, dalam satu proses peralihan kuasa yang lancar oleh YAB Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi.

Dicatat oleh pergerakanpemudaumno.payabesar

Sunday, August 30, 2009

Nizar VS Zambry : Kepala Lembu Merdeka : Biodata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim


Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (lahir 14 Disember 1946) merupakan Menteri Besar Selangor ke-14 dan terkini. Beliau juga merupakan seorang bekas ahli korporat berbangsa Melayu dan juga bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Pendidikan
Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, P.S.M., D.P.M.S., D.S.A.P lahir pada 1946 di Kampung Jalan Raja Abdulah, Jeram, Kuala Selangor,Selangor. Khalid Ibrahim belajar di Sekolah Melayu Jeram pada 1956 dan menduduki Special Malay Class. Seterusnya belajar di Sekolah Inggeris Kampung Kuantan. Khalid Ibrahim mendapat ijazah BA.Hons dalam jurusan Ekonomi dari Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Queensland, Australia pada 1975.

Kerjaya
Khalid Ibrahim pernah bekerja sebagai guru, pensyarah universiti, pegawai kredit , pegawai kewangan korporat dan memegang pelbagai jawatan tinggi dalam Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Kemudian, beliau melangkah ke arena korporat dan berada dalam kedudukan CEO dari 1979-1964 di bawah firma syarikat kewangan yang diselia kerajaan, Pemodalan Nasional Berhad (PNB). Pada 1981, beliau menjadi terkenal setelah menyelesaikan "dawn raid" di London Stock Exchange, yang mana PNB mencatat agihan 51% syer di syarikat perindustrian British iaitu Guthrie kurang daripada dua jam. Khalid kemudian menjadi CEO Malaysianized Guthrie, yang kini dikenali sebagai Kumpulan Guthrie Bhd, dari 1995 hingga 2003.

Beliau pernah menghadiri kursus USA International Visitors Program pada 1983 dan Eisenhower Exchange Fellowship Program pada 1989. Beliau juga pernah menjadi ahli majlis eksekutif Unit Investment Fund dan ahli Financial Engineering Advisory Forum di Islamic Development Bank, Jeddah, Arab Saudi. Beliau juga ahli APEC Business Advisory Council (ABAC)

Politik
Beliau kemudian meninggalkan lapangan korporat dan menyertai dunia politik, menyertai parti pembangkang yang berbilang kaum iaitu PKR. Mulanya sebagai Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ketua Perhubungan PKR Selangor . Kemasukan beliau selaku tokoh ekonomi ke dalam PKR memberi rentak baru dalam pakatan pembangkang yang kemudian dikenali sebagai Pakatan Rakyat.

Dalam Pilihan Raya Kecil Ijok 2007 beliau ditumpaskan oleh cikgu muda K. Parthiban dari Kongres India Se-Malaysia (MIC), sebuah parti kompenen dalam Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 1,920 undi.Dalam pilihan raya kecil Ijok, ucapan tersasulnya 'Undilah Barisan Nasional' telah diulang-ulang dalam media elektronik.

Ketika Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 pada 8 Mac 2008, beliau bertanding bagi kerusi Parlimen P124 Bandar Tun Razak dan Dewan Undangan Negeri N11 Ijok yang mana beliau berjaya menguasai kedua-kedua kerusi yang beliau tandingi. Beliau menewaskan Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri , Datuk Tan Chai Ho dari Barisan Nasional/MCA di Parlimen Bandar Tun Razak dengan majoriti 2,515.Khalid memperoleh 28,123 undi sementara Tan Chai Ho mendapat 25,608 undi. Khalid mendapat 7,196 undi berbanding 5,276 yang diperoleh calon BN, Datuk Mohamed Sayuti Said di DUN Ijok pada 8 Mac 2008

Menteri Besar Selangor
Beliau dilantik menjadi Menteri Besar Selangor dan secara rasminya beliau mengangkat sumpah bermula 13 Mac 2008 di Istana Bukit Kayangan,Shah Alam,Selangor.[3] Beliau merupakan orang pertama yang bukannya mewakili parti komponen Barisan Nasional untuk dilantik menjadi Menteri Besar Selangor. Ketiga-tiga belas Menteri Besar sebelumnya mewakili Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah parti komponen utama BN.

Anugerah
Pada 15 Disember 1998, beliau dianugerah sebagai CEO Malaysia Terbaik 1997 dari majalah Business Times anjuran Business Times Sdn. Bhd. dan the American Express Corporate Services. Khalid Ibrahim juga menerima Anugerah International Alumnus dari Universiti Queensland 2001.

Pada 10 Julai 2003 menerima anugerah “AAAB Captain of Industry Award 2002” (First Asian Academy of Applied Business”) dari Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu. Seterusnya menjadi pensyarah pelawat di Oxford Centre of Islamic Studies, Universiti Oxford

Guthrie Malaysia
Khalid menjadi CEO Guthrie dari1995-2003. Atas jasa beliau, Guthrie Berhad telah membina Lebuh raya Guthrie dari Kuala Selangor ke Sungai Buluh bersambung dengan Lebuh raya Utara Selatan. Pusat latihan penyelenggaraan jentera industri dengan kerjasama UMW Berhad telah dibina di Kuala Selangor. Program Rakan Jaya Diri diadakan di Kuala Selangor bagi melatih pelajar yang tercicir dari persekolahan dan seterusnya bekerja dengan Guthrie Berhad

Isu kontroversi

Menyertai PKR
Pada 25 April 2007, Datuk Seri Najib Tun Razak menuduh Khalid Ibrahim kecewa kerana tidak mendapat 20 % saham Guthrie. Mulaya beliau meminta 6.5 % pada 1994 dan meningkat kepada 20 %. Untuk 6.5% dia terpaksa meminjam RM175 juta. Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah menulis surat kepada pengerusi PNB, Tun Ismail Mohd Ali agar saham diberikan kepada Khalid Ibrahim. Ismail Mohd Ali ialah abang ipar kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.Tan Sri Mohd Desa Pachi pula menjadi Ketua Pegawai Eksekutif pertama PNB
Bekalan air Selangor
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bercadang menaikkan tarif air di Selangor. Keputusan kenaikan tarif air akan dibuat oleh kerajaan Persekutuan tetapi kerajaan Selangor akan membuat beberapa cadangan supaya perkara ini tidak akan membebankan rakyat. Strategi pengurusan air kerajaan Pulau Pinang yang kosnya dikatakan lebih rendah daripada Selangor akan diteliti.

Perjanjian konsesi air antara kerajaan persekutuan, kerajaan Selangor dan Syabas selama 30 tahun (1 Jan 2005 hingga 31 Dis 2034), tarif air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sepatutnya dinaikkan sebanyak 37 peratus pada 1 Jan 2009, tetapi dilanjutkan kepada 31 Mac 2009 bagi membolehkan kerajaan negeri Selangor menyusun semula industri air. Perjanjian konsesi itu boleh dibatalkan dan tarif air boleh distrukturkan semula jika semua aset pemegang konsesi air diserahkan kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).Penilaian semua aset Puncak Niaga, Syabas, ABASS Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluaran Air Selangor Holding Bhd (SPLASH) sedang dirunding. Puncak Niaga menetapkan lebih RM6 bilion sebagai nilai pengambilalihan semua aset berkenaan oleh kerajaan negeri Selangor.

Oleh kerana Syabas telah melanggar beberapa terma penting yang ditetapkan dalam perjanjian konsesi selama 30 tahun maka Selangor meminta kerajaan persekutuan membatalkan perjanjian konsesi itu. Antara laporan Jabatan Audit Negara ialah :

Ada projek yang tidak ditender dan lebih RM500 juta daripada kontrak itu dibuat secara rundingan langsung. Selain itu ada beberapa perbelanjaan yang tidak mengikut syarat dan terma perjanjian konsesi.
Syabas membelanjakan lebih RM50 juta untuk menaik taraf pejabatnya di Shah Alam sedangkan Jabatan Kawal Selia Air Selangor (JKAS) hanya meluluskan peruntukan sebanyak RM23.2 juta pada 2005

Tender Rundingan Terus
Pada 12 April 2008, Abdul Khalid Ibrahim menghapuskan tender rundingan terus kepada kontraktor Bumiputera kerana 98 % diperoleh dan dilaksanakan oleh kumpulan tertentu ketika Barisan Nasional / UMNO memerintah Selangor. Walaupun nama syarikat berbeza tapi pemegang saham dalam syarikat itu tetap sama. Kontraktor terbabit tidak akan disenaraihitamkan kecuali jika kontraktor terbabit gagal melaksanakan projek dalam tempoh yang telah ditetapkan. 'Pena sakti' Menteri Besar tidak diperlukan untuk mendapatkan tender kerajaan negeri. Keputusan tende ditentukan oleh semua anggota Exco dan pegawai yang terlibat.


Perhimpunan 14 April
Perhimpunan 14 April tanpa permit sempena pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diadakan di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Abdul Khalid selaku Presiden Kelab Sultan Sulaiman meminta nasihat daripada Penasihat Undang-undang Negeri Selangor Datuk Zauyah T. Lothy Khan dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Ramli Mahmud dan pihak PDRM kerana premis tersebut berpagar dan bukan kawasan terbuka. Perhimpunan itu sepatutnya tamat jam 11.00 malam tetapi ditamatkan oleh pihak polis pada jam 10.30 malam ketika Anwar Ibrahim sedang berucap. Lebih 7000 hadir dan menyebabkan kesesakan teruk di Kampung Baru Kuala Lumpur.


Dana Sambutan 100 Hari Pemerintahan Pakatan Rakyat
Pada 23 Jun 2008, beberapa syarikat swasta memberi sumbangan bagi Sambutan 100 Hari Pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor yang didepositkan ke dalam akaun Parti Keadilan Rakyat (PKR). bekas Ketua Pemuda PKR Mohamad Ezam Mohd Nor mendakwa tindakan itu tidak selaras wawasan Pakatan Rakyat. Khalid Ibrahim berikrar akan membekukan sumbangan tersebut, dipindahkan dari akaun [[PKR] ke akaun kerajaan negeri Selangor dan mengucapkan kad ucapan terima kasih kepada syarikat penderma terbabit.

Polis mengiringi pemimpin
Pada 15 Disember 2008, beliau mendakwa konvoi polis mengiringi Menteri Besar Selangor dan pemimpin lain akan menyekat kemesraan dan hubungan yang sedia terjalin antara pemimpin dengan rakyat. Oleh itu saranan anggota Dewan Undangan Negeri Seri Muda, Suhaimi Shafiei agar pemimpin diiringi oleh pasukan keselamatan tidak perlu. Isu ini berbangkit selepas ancaman 'serangan bogel' Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) dan mengejar Menteri Besar Selangor di majlis-majlis perasmiannya bagi membawa tuntutan mereka berhubung kadar kenaikan sewa Projek Perumahan Rakyat (PPR).


Lembu korban 2008
25 Januari 2009, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berjanji mendedahkan belanjawan kerajaan negeri Selangor Barisan Nasional pimpinan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir ToyoDewan Undangan Negeri Selangor. Harapan beliau agar tidak bertentangan dengan Akta Rahsia Rasmi (OSA.

Sebelum itu, Dr Mohamad Khir mengaku memiliki salinan minit mesyuarat bertarikh 28 November 2008 yang disahkan Menteri Besar yang mengarahkan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Selangor Incorporated Corporation (SIC) membiayai RM110,400 untuk pembelian 46 ekor lembu bagi ibadah korban dan peruntukan itu perlu ditanggung anak syarikat kerajaan negeri yang lain. Selain itu resit pembayaran RM110,400 bertarikh 16 Disember 2008 . Semua bukti itu diposkan kepada Dr Khr. 46 ekor lembu disedekahkan kepada surau-surau di Bandar Tun Razak sebagai satu tanggungjawab sosial korporat. Bandar Tun Razak bukan lagi dalam negeri Selangor tetapi di bawah pentadbiran Wilayah Persekutuan dan Khalid Ibrahim menjadi ahli parlimennya. Khir Toyo cuba membabitkan Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah yang tidak gemar wang kerajaan negeri Selangor disalurkan ke Wilayah Persekutuan atau negeri lain. Selepas ini negeri lain seperti Terengganu akan bertindak dalam cara yang sama

Sumber http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Khalid_Ibrahim

Nizar ku:DS Nizar Jamaluddin Tokoh Kemerdekaan 2009

Dengan segala ketokohan dan ketabahan menghadapi pelbagai dugaan.. saya mencalonkan Ds Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai tokoh kemerdekaan pada tahun ini, saya yakin ramai yang bersetuju.... sila komen sikit.


Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, beliau dilahirkan pada 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak.


Beliau telah mendapat pendidikan awal di Kampar, kemudiaannya meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Anglo Chinese, Kampar. Selepas itu menyambung pelajaranya di Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh. Pada tahun 1972 beliau mengambil Advance Level (A Level) di Norwich City College Of Arts & Technology Norwich, Norfolk, England. Beliau merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom. Sekembalinya ke tanahair, beliau bekerja di beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Kerja Raya bahagian bengkel dan kuari, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA - Daya Urus), Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.


Beliau berpengalaman luas dalam menjalankan beberapa projek besar negara. Antaranya Projek Dayabumi fasa 2 & 3 pada tahun 1983, projek Pusat Islam (BAHES, Jabatan Perdana Menteri (1984), projek Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu (1985), pengurusan bangunan-bangunan kerajaan dan swasta termasuk KOMTAR, Bangunan Persekutuan Gunasama, pusat membeli belah dan pengurusan semua lif di hospital Kerajaan Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis sehingga kini. Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar beliau merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta.


Di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland, Miano Italy, Bangkok Thailand, Sdyney dan Goldcoast Australia, Doha Qatar dan Tehran, Iran.


Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan PAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001). Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasn Kampar (2001 hingga kini). Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak).


Walaupun beliau seorang yang berpendidikan tinggi tetapi beliau amat aktif dengan kegiatan masyarakat. Antaranya kuliah dan majlis ilmu di masjid-masjid dan surau-surau, ceramah motivasi pelajar dan institusi pengajian tinggi, menyampaikan khubah jumaat, bantuan kepada fakir miskin, mewakili PAS dalam program program kaum bukan Islam serta terlibat secara langsung dengan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO).


Beliau mempunyai lapan orang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Fatimah Taat. Anaknya pertama merupakan lulusan BA Syariah Universiti Mut'ah, Jordan. Anak kedua pula lulusan hafiz al-Quran di Universiti Mut'ah Jordan. Anak yang ketiga juga lulusan hafiz al-Quran dari Universisiti Damsyik, Syria dan Universiti Lebanon. Manakala anak yang ke empat hingga ke lapan sedang belajar di beberapa pelbagai institusi pendidikan dalam negeri.


Menurut Setiausaha Kerja PAS Perak, Khalilul Abdul Rahman, Nizar merupakan seorang yang pemurah dan mudah bergaul dengan masyarakat dan mengambil berat masalah kakitangan di bawahnya. "Jika ada kakitangannya yang menghadapi masalah, beliau akan cepat menyelesaikan masalah temasuk masalah kewangan," jelas Khalilul. "Sebagai ketua pejabat, beliau seorang yang peramah dengan orang ramai termasuk orang bawahannya dan beliau bersedia mendengar pandangan orang lain," ujar beliau.


Memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat menjadi agenda perjuangannya, kerana itu beliau bergiat cergas di dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO). Umpamanya Gabongan Pengguna Air Perak (GPAP).


Keistimewaan beliau, walaupun lulusan dari luar negeri beliau mampu mengajar (buka kitab) di masjid-masjid dan suara-surau.malah beliau sendiri mampu mengelenggarakan ibadah kurban termasuk penyembelihan bintang kurban.


Di samping itu Haji Nizar juga selain boleh berbahasa Inggeris, ia juga boleh berbahasa Cina dan Tamil. Inilah Menteri Besar yang dikehendaki oleh rakyat, mampu mentadbir, berwibawa dan mempunyai pengetahuan agama dan boleh membaca khutbah jumaat. Perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang memilih Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak memang tepat, oleh itu semua pihak perlu akur dengan keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak.

sumber : http://perak.pas.org.my/

DS Nizar VS DS Zambry: Karpal Singh sakit tenat ?? : Biodata Karpal

Dikhabarkan Karpal sakit tenat.. betul ke?

Biodata Karpal Singh

Karpal Singh Ram Singh atau Karpal Singh (Lahir 28 Jun 1940), ialah seorang ahli politik dan peguam di Malaysia. Beliau sekarang ialah Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan juga sebagai Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang.

Beliau mengalami kemalangan pada awal tahun 2005 dan sekarang sedang dalam proses pemulihan.

Beliau yang dilahirkan di Kedah, mendapat pendidikan awal di St. Xavier's Institution,Pulau Pinang. Kemudian melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Universiti Singapura (1966). Ada pendapat mengatakan beliau telah 10 kali gagal dalam ujian undang-undang.

Beliau mula menyertai politik setelah menjadi ahli DAP pada tahun 1970. Beliau pernah meyandang Naib Pengerusi DAP dan Timbalan Pengerusi DAP.

Beliau ialah daripada etnik Punjabi dan juga sebagai seorang peguam yang handal. Beliau amat mahir dalam berhujah. Beliau pernah menerima jolokan sebagai "Harimau Jelutong" kerana beliau amat sukar untuk ditewaskan dalam pertandingan kerusi Parlimen Jelutong sebelum pilihanraya umum pada 1999.

Pada 7 September 2004, Karpal Singh diberi peluang sama ada meminta maaf dalam masa 3 hari dan hadapi penggantungan selama 10 hari daripada menyertai Parlimen ataupun penggantungan selama 6 bulan dengan segala kemudahan sebagai ahli parlimen ditarik balik. Beliau kemudian enggan meminta maaf dan digantung selama 6 bulan.

Karpal Singh terlibat dalam kemalangan pada awal tahun 2005 dan sekarang sedang dalam proses pemulihan.

Pada 23 Oktober 2008, Karpal Singh digantung selama dua hari daripada menghadiri Persidangan Dewan Rakyat kerana didakwa mencabar kewibawaan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan menuduh beliau bersikap 'tidak serius dan main-main' selepas berlaku pertikaman lidah antara beliau dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz ketika pemimpin pembangkang itu mencelah pada sesi lisan.

Pada 8 Februari 2009, beliau menyuruh Anwar Ibrahim supaya BERTAUBAT sambil menyalahkan Anwar kerana telah mempromosikan budaya lompat parti yang akhirnya merugikan dan memakan diri ahli-ahli politik 'KERA'jaan Pakatan Rakyat.
Karpal yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor turut mengecam ketua penipu itu kerana perbuatannya itu (mempromosikan budaya lompat parti).

Beliau pernah dipenjarakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA pada tahun 1987 dalam Operasi Lalang.

Beliau berkahwin dengan Puan Gurmit Kaur dan dikurniakan lima anak

Sumber :http://uk.groups.yahoo.com/

Saturday, August 29, 2009

ADUN UMNO TRG NAK LOMPAT PARTI : DS Nizar vs DS Zambry

Meneliti beberapa perkembangan mutakahir ini dalam senario politik Terengganu yang tak kesudahan khususnya melibatkan pertembungan kem Menteri Besar dan Bekas Menteri Besar Terengganu.

Pertembungan itu sememangnya 'real', tidak siapa boleh menafikan. Tindakan Najib menghantar sepupunya Hishamuddin untuk menyelesaikan isu tersebut dengan memangku Ketua Perhubungan Umno Terengganu nampaknya bukan bergerak ke arah menyelesaikan tetapi lebih menserabutkan.

Dua hari lepas sebuah laman portal berita internet telah menyiarkan kemungkinan ada ADUN Terengganu (kem bekas MB) akan 'bertukar' parti. Serentak dengan itu Hishamuddin sendiri telah menghubungi kesemua ADUN yang disyaki dan setelah memujuk ugut semuanya, wartawan diarahkan menghubungi kesemua mereka untuk penafian.

Sebenarnya usaha rundingan memang wujud, bukan pancing tetapi beberapa ADUN tersebut yang mulakan rundingan kerana katanya apa guna berada dalam Umno yang tidak mahu mendengar 'rintihan orang bawah'. Mereka mendesak tukar MB atau mereka akan keluar parti.

Cuma mereka ADUN - ADUN ini tak berapa berani apabila Menteri Dalam Negeri yang menjadi pemangku Pengerusi Perhubungan Terengganu membuat pujuk ugut ke atas mereka.

Apapun kemelut politik di Terengganu terus memangsakan rakyat.Perkembangan terbaru dalam sidang DUN Terengganu yang bermula 26 Ogos lepas membuktikan betapa ADUN Bn tidak serius dan kurang keberanian khususnya bila berdepan dengan isu ugut dan wang

selanjutnya klik http://www.tranungkite.net

Friday, August 28, 2009

DS Nizar ku: Dato' Ismail Kamus meninggal?

Benarkah tokoh agama/politik/perubatan Ustaz Ismail Kamus dah meninggal seperti yang tersebar dalam sms...

Berikut petikan dari http://www.harakahdaily.net/

KUALA LUMPUR, 28 Ogos: Berita kematian bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Ustaz Dato' Ismail Kamus yang kini merupakan pendakwah bebas yang tersebar melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) hanyalah khabar angin semata-semata

Menurut ahli keluarganya, Ismail Kamus kini sedang mengerjakan umrah di Makkah dan berada dalam keadaan sihat walafiat sekaligus menafikan berita itu.

Semalam tersebar SMS yang melaporkan bahawa beliau telah menghembuskan nafas terakhir petang semalam akibat serangan sakit jantung.

Malah SMS tersebut turut mengajak umat Islam menyedekahkan surah al-fatihah supaya roh beliau dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.

Sebaliknya berita yang sebenar ialah kematian tokoh ekonomi terkenal iaitu Prof Dato' Dr Ismail Salleh di Singapura petang semalam.

Ismail Kamus merupakan penasihat Persatuan Perubatan Islam Darussalam yang terletak di Gombak Setia. - mks. _

DS Nizar ku: Biodata Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi


Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-lima pada 31 Oktober 2003.



Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dilahirkan pada 26 November 1939 di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Beliau menerima pendidikan menengah di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam dan di Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian di Universiti Malaya dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam pada tahun 1964.



Setelah tamat pengajian, Dato’ Seri Abdullah menyertai sektor perkhidmatan awam sebagai Penolong Setiausaha di Jabatan Perkhidmatan Awam. Pada tahun 1969, Dato’ Seri Abdullah berpindah ke Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), sebuah badan yang berkuasa eksekutif untuk mentadbir negara yang ditubuhkan selepas rusuhan kaum pada Mei 1969. Dato’ Seri Abdullah kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pengarah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, sebelum menjadi Timbalan Ketua Setiausaha di Kementerian yang sama pada tahun 1974.



Dato' Seri Abdullah menyertai UMNO pada tahun 1964. Beliau mula bergerak aktif dalam arena politik setelah dipilih menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas pada tahun 1978 dan beliau berjaya mengekalkan kerusi parlimen tersebut sehingga kini. Beliau adalah ahli Majlis Tertinggi UMNO semenjak 1981. Dato' Seri Abdullah telah dipilih memegang jawatan Naib Presiden UMNO pada tahun 1984, 1987 dan 1990, dan dipilih semula untuk jawatan tersebut pada tahun 1996. Pada Perhimpunan Agung UMNO 2000, Dato' Seri Abdullah dilantik sebagai Timbalan Presiden bagi penggal 2000 - 2003.


Dato' Seri Abdullah pernah memegang jawatan-jawatan penting dalam beberapa kementerian. Beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan (1978-80), Timbalan Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan (1980-81), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1981-84), Menteri Pelajaran (1984-86) dan Menteri Pertahanan (1986-87) . Pada 15 Mac 1991, beliau dilantik sebagai Menteri Luar sehingga Januari 1999. Seterusnya, Dato’ Seri Abdullah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri pada Januari 1999, sebelum dilantik menjadi Perdana Menteri. Selain itu, Dato’ Seri Abdullah juga adalah Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.



Dato' Seri Abdullah berkahwin dengan Allahyarhamhumah Datin Seri Endon binti Dato' Mahmood pada tahun 1965 dan dikurniakan dua orang cahayamata dan empat cucu

Setelah kematian Endon.....

Sumber : http://www.ipdm.uum.edu.my/

Thursday, August 27, 2009

DS Nizar ku: Dr. Asri: Jangan Jatuhkan Kelantan: Biodata Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin

“Melihat kepada usaha-usaha Islamisasi di Kelantan yang telah dan sedang dilakukan, maka saya berpendapat sebarang kegiatan untuk menjatuhkan Kerajaan Kelantan yang sedang ada amat tidak wajar dan menyanggahi ruh Islami seorang muslim, bahkan jiwa seorang insan biasa yang adil dalam penilaian pun.

Biarlah Kelantan dengan caranya, mereka muslim, mereka cuba memerintah dengan pendekatan yang tidak menyanggahi syariat, sebaliknya cuba memenuhinya. Usaha menjatuhkan Kelantan hanya menimbulkan salahfaham mereka yang bersemangat Islam terhadap Kerajaan Pusat.”

Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin



NAMA: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
LAHIR: 1971
TEMPAT LAHIR: Bukit Mertajam, S. Perai, Pulau Pinang

JAWATAN:

Pensyarah Bahagian Pengajian Islam, USM. (JAWATAN TETAP)
MUFTI KERAJAAN NEGERI PERLIS (dipinjam dari USM oleh Kerajaan Negeri Perlis bermula 1 Nov 2006 – 30 Nov 2008).
Sekarang sedang menjalani cuti sabatikal di UK di bawah USM.

PENDIDIKAN FORMAL:

Sek Men Agama Al-Irsyad, S. Perai, P.Pinang
Kolej Islam Klang
B.A (hons) B. Arab/Syariah University Of Jordan
M.A Pengajian Islam USM.
Tajuk: Al-Sahabah: Kontradiksi Antara Nas-Nas Islam Dengan Riwayat Sejarah.
Ph.D, Islamic Revealed Knowledge And Haritage (Al-Quran And Sunnah Studies), UIA (2003)
Tajuk: Sabab Wurud al-Hadith: Dirasat Tahliliyyat Bi Tarkiz Khas ‘ala al-Dawabit wa al-Ma’ayir.
IJAZAH HADITH: mendapat 5 ijazah sanad menerusi jalur ulama India (2001). Sila lihat artikel: KEMBARA ILMU KE INDIA

ANUGERAH:

Darjah Kebesaran Seri Sirajudin Perlis (SSP), Sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Ke-62 DYMM Tuanku Raja Perlis.
Penerima Anugerah Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis 1427H.
Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Perlis Tahun 1429H
Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah USM Tahun 1430H

AKTIVITI SAMPINGAN:

Kolumnis Tetap Mingguan Ruangan Pena Mufti, Akhbar MINGGUAN MALAYSIA. (11 Mac 2007-30 Nov 2008).
Kolumnis Tetap Minda DR. MAZA dari UK, Akhbar MINGGUAN MALAYSIA (13 Disember 2008- sekarang)
Pemilik Laman Web ‘MINDA TAJDID’ : drmaza.com

PENERBITAN

Penyelewengan Buku “As-Salafiyyah al-Wahabiyyah: Satu Penilaian”. Persatuan Muhammadiyah, Singapura (2003).
Pertelingkahan Para Sahabat Nabi s.a.w: Antara Ketulenan Fakta Dengan Pembohongan Sejarah (edisi kedua). Pustaka Yamien Sdn. Bhd. Kuala Lumpur (2003).
Menilai Tarikat Dan Kesufian Dengan Syariat Allah. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2004).
Menangkis Pencemaran Terhadap Agama & Tokoh-Tokohnya. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2004).
Selangkah Ke Arah Memahami al-Sunnah. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2004).
Bid’ah Hasanah: Istilah Yang Disalah Fahami. Jahabersa, Johor (2005).
Sabab Wurud al-Hadith: Dawabit wa Ma‘ayir (سبب ورود الحديث ضوابط ومعايير). Research Centre, International Islamic University, Malaysia. (2005).
Sabab Wurud al-Hadith: Dawabit wa Ma‘ayir (سبب ورود الحديث ضوابط ومعايير). Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Lebanon (second edition: 2006)
Risalah Koordinasi Ilmiah Ke-9: Islam Hadari. Jemaah Dato’-Dato’ Perlis.
Islam Liberal. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2006).
Sunnah Mengenai Adab Perbezaan Pendapat Antara Rakyat Dengan Pemerintah. Kerajaan Negeri Perlis (2006).
Al-Imam al-Syafi’i: Kegemilangan Ilmu Dan Pemikiran. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2006)
Dasar Aparteid Terhadap Wanita Di Malaysia. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2006).
Membela Islam: Tanggungjawab & Disiplin. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2006).
Fanatik Mazhab: Kesan Terhadap Pemikiran Umat, Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2007).
Arus Tajdid: Fikrah Merentasi Jemaah. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2007).
Hadis Palsu: Kesan Terhadap Pemikiran Umat. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2007)
Tajassus Dalam Operasi Pencegahan Munkar. Jabatan Mufti Negeri Perlis. (2008).
Adab-Adab Berbuka Puasa Menurut Sunnah. Jabatan Mufti Negeri Perlis. (2008).
Warisan al-Hadis: Antara Teras Dengan Dinamika Pemikiran. Penerbitan USM. (2008).
Mengemudi Bahtera Perubahan Minda. Utusan Publication. (2008)

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA:


TAHUN 2004

Al-Ijtihad fi Ma’rifat Sabab Wurud al-Hadith: Asbabuh wa Adawatuh. Seminar Hadith Antarabangsa,USM (2004)
‘Alaqat Huruf al-Ma‘ani bi Ma’rifat Sabab al-Hadith al-Nabawi. The First International Conference On The Role Of Language in Dialogue Amang Civilazations, University Of Asfahan, Iran (2004). (tidak hadir).
Pandangan Ahli Sunnah Mengenai Tarikat. Seminar Aqidah Yang Dituntut, Singapura (2003).
Manhaj Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah Dalam Menilai Maklumat Dan Menghukum Individu. Seminar Ahli Sunnah, Pertubuhan Al-Nida. Kuala Lumpur (2003).
Pertelingkahan Para Sahabat Nabi s.a.w: Antara Ketulenan Fakta Dengan Pembohongan Sejarah. Seminar Sejarah Pertelingkahan Sahabah, Dewan Agama & Falsafah DBP & UIA (2004).
Menilai Tarikat Dan Kesufian Dengan Syariat Allah. Seminar Menilai Tarikat, Majalah NUR (2004).
Pengaruh Syiah Dalam Pemalsuan Hadith. Seminar Syiah, UIA (2004).
Pertelingkahan Para Sahabat Nabi s.a.w: Antara Ketulenan Fakta Dengan Pembohongan Sejarah. Diskusi Ilmiah Sejarah Sahabah, Kolej Islam Darul Ehsan Selangor (KISDAR) (2004).
Majlis Memperkatakan Buku, DBP (2004).
Pembentangan Buku “Langkah-Langkah Ke Arah Memahami al-Sunnah”, Al-Falah, USJ (2004).
Konsep Bid’ah Dalam Islam: Satu Perbahasan. Seminar Perkembangan Ilmu, Pejabat Mufti P.Pinang (2004).
Seminar Islam Hadhari: Membentuk Generasi al-Quran dan al-Sunnah. Multaqa Ulama Kebangsaan, Kerajaan Perlis (2004).
Peranan Ijtihad Dalam Ilmu Sabab Wurud al-Hadith. Seminar Usul Fiqh. Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) (2004).
Ta‘amul al-Ahadith al-Nabawiyyah Ma’ al-Sunan al-Ilahiyyah Min Khilal al-Ab‘ad al-Arba’ah (تعامل الأحاديث النبوية مع السنن الإلهية من خلال الأبعاد الأربعة), International Seminar On Islamic Thought. UKM (2004).

TAHUN 2005

Menangkis Pencemaran Terhadap Agama & Tokoh-Tokohnya, Seminar Tajdid 2005, Persatuan Muhammadiyah Singapore (2005)
Ancaman Terhadap Islam Tulen. Seminar Bahaya Islam Liberal, DBP & Karangkraf. (2005).
Adab Dan Etika Perbezaan Pendapat Antara Pemerintah Dengan Yang DiPerintah: Manhaj al-Sunnah. Seminar Peradaban Ummah Peringkat Negeri Perlis. Jabatan Hal Ehwal Islam Perlis (2005).
Riwayat Israiliyyat Dan Kesan Negatifnya Terhadap Islam Dalam Era Kemajuan Umat. International Seminar On al-Quran 2005, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM).
Asas Memahami al-Hadith. Seminar Ihya al-Sunnah, Madrasah Wak Tanjong, Singapore. (2005)
Penindasan Ekonomi Di Negara Umat Islam. Darul al-Quran JAKIM, Kuala Kubu Selangor. (2005)
Kesederhanaan Islam Dalam Amar Makruf Dan Nahi Munkar. Seminar Kesederhanaan Islam 2005 Antarabangsa. Kedutaan Arab Saudi & Kerajaan Perlis.
Kritikan Terhadap Islam Liberal Dari Perspektif Hukum Islam Semasa. Seminar Hukum Islam Semasa IV 2005. UM.
Menangani Isu Bidah Melalui Pendekatan al-Quran Dan al-Sunnah. Persatuan Pegawai-Pegawai Agama Perak (2005).
Bid’ah Hasanah. Seminar Penghayatan al-Sunnah, Kerajaan Negeri Perlis (2005).

TAHUN 2006

Pendirian Para Imam Ahl al-Sunnah Dalam Membela Amalan Sunnah. Wacana Pemikiran Islam: Ahli Sunnah Arus Perdana, GPK/Jabatan Hal Ehwal Islam Kelantan/Majlis Agama Islam Kelantan (24 Feb 2006).
Imam al-Syafii: Latar Sejarah Dan Disiplin Kesarjanaan. Seminar Kegemilangan Ilmu Dan Pemikiran al-Imam al-Syafii. Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd/DBP (11 Mac 2006).
Kesan Negatif Hadith Maudu’ Terhadap Masyarakat. Seminar Hadith. Persatuan Ulama Malaysia (Perak). (15 Julai 2006).
Fawaid Ma’rifat Sabab Wurud al-Hadith fi Syarh al-Hadith. International Conference On The Quran and Sunnah: Methodologies Of Interpretation. Islamic Universiti Islam Antarabangsa (17-18 July 2006).
Ke Arah Memahami Tajdid. Seminar Gerakan Tajdid. Muslim Profesionals Forum. (23 Julai 2006)
Kesan Negatif Fanatik Mazhab Terhadap Umat. Seminar Mazhab Fiqh Dalam Islam. Madrasah Wak Tanjong Singapore. (5-6 Ogos 2006)
Al-Maqasid al-Syar’iyyah fi al-Adab al-Nabawiyyah fi Islah al-Hukkam. Seminar Maqasid al-Syariah wa Subul Tahqiqiha fi al-Mujtama’ al-Mu’asir. International Conference On Islamic Jurisprudence And The Challenges Of 21st Century, Islamic Universiti Islam Antarabangsa (8-10 Ogos 2006).

TAHUN 2007

Tajassus Dalam Operasi Pencegahan Munkar. Seminar Tangkap Basah Peringkat Kebangsaan. Kerajaan Negeri Perlis. (8 Feb 2007).
Pendirian Ulama Ahl al-Sunnah Dalam Mempertahankan Sunnah. Seminar International Pembaharuan Pemikiran Islam. Universitas Hamka, Hotel Aryaduta, Jakarta. (18-20 Februari 2007)
Bangsa Melayu: Satu Persimpangan Identiti Belia Dari Perspektif Islam. Sidang Meja Bulat, Geostrategik, Bil 1/2007, Bahagian Keselamatan Negara, JPM Dengan Kementerian Belia Dan Sukan, Hotel Reniassanse, Melaka. (3-7 April 2007).
Beberapa Peranan Sirah Dalam Tamadun Manusia. Seminar Warisan Nabawi, University Sains Islam Malaysia, Kuala Lumpur (12 Julai 2007).
Al-Imam al-Ghazali r.h: Beberapa Kritikan Ulama Terhadap Karya-Karyanya. Seminar Pendekatan Ahl al-Sunnah (Mazhab-Mazhab). Universitas Muhammadiyyah Sumatera Utara, Hotel Garuda, Plaza Medan. (10-11 Ogos 2007).
Islam Dan Cabaran Pemikiran. Munaqasah Fikr Islami, Yayasan Islam Trengganu. Kuala Trengganu. (14 Ogos 2007)
Hadis Palsu: Kesannya Terhadap Imej Umat. Seminar Imej Islam, Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiyyah, Singapura. (25-26 Ogos 2007).
Ucaptama: Wanita Dan Syariat. Minum Petang WIRDA, Masjid Wilayah, KL. (28 Oktober 2007).
Peranan Pegawai Pengurusan Masjid Dalam Menjana Penghayatan Sunnah. Seminar Pengurusan Masjid, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis. (17 November 2007)
Konflik Umat Islam Masa Kini (Mengapa Kita Gagal Membina Tamadun). Diskusi Semasa, Yayasan Islam Trengganu. Kuala Trengganu. (27 Disember 2007).

TAHUN 2008

Perancangan Bandar Satu ‘Ibadah. Wacana Ilmu Perancangan Bandar Dari Perspektif Islam. Kuliyyah Seni Bina Dan Reka Bentuk Alam Sekitar, UIAM. (17 Jun 2008).
Keperluan Muzakarah Antara Parti-Parti Politik Muslim. Seminar Masa Depan Politik Malaysia. Kolej Ungku Omar, UKM. (23 Julai 2008).
Al-Hafiz Ibn Qayyim al-Jauziyyah Dan Karya Sirahnya Zad al-Ma’ad. Seminar: Buku Agung Dan Karya Perdana Dalam Tamadun Islam Dan Peradaban Melayu, IKIM. (12-13 Ogos 2008

Sumber: http://drmaza.com/

Tuesday, August 25, 2009

Nizar / Zambry : Nizar Menang.. Takbir!!: Biodata Calon PAS Permatang Pasir

Update - PAS memenangi kerusi DUN Permatang Pasir dengan majoriti besar tetapi merosot beberapa ratus undi daripada keputusan yang dicapai parti itu pada pilihan raya umum tahun lepas..


Nama : Mohd Salleh Man
Asal : Permatang Sungai Dua, Kepala Batas
Kelulusan : Ijazah Muda Syariah, UM

Pengalaman Kerja : 1) Berkhidmat sebagai Pegawai Masjid
2) Penceramah Bebas
3) Pengarah Syarikat Enterprise
4) Pengurus Sekolah Swasta

Jawatan Dalam Parti : 1) Mantan Ketua Pemuda PAS Kawasan Tasek Gelugor
2) Mantan Yang Dipertua Kawasan Tasek Gelugor
3) Mantan Ketua Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang
4) Mantan Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Pulau Pinang
5) Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang

Sumber http://prkn11penang.pas.org.my/

PAS Menang? : Majoriti lebih 65 undi satu kemenangan besar, Kamarudin Jaffar: Nizar / Zambry

PERMATANG PAUH, 25 Ogos: AJK PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, berdasarkan serangan Barisan Nasional (BN) ke kawasan pengundian Permatang Pasir sekarang, menang dengan melebihi 65 undi majoriti sudah menang besar untuk PAS.

65 undi adalah majoriti undi yang diperolehi calon PAS di Manek Urai. Ia dicapai selepas serangan bertubi-tubi BN dengan pelbagai cara.

"Jika PAS boleh menang lebih 65 undi, saya anggap dan isytiharkan ini satu kemenangan besar apatah lagi kalau menang dengan majoriti beribu-ribu," kata Kamarudin, AJK PAS Pusat.

Kamarudin dihubungi ketika dalam perjalanan pulang dari Permatang Pasir ketika dihubungi petang ini.

Sementara itu, pilihanraya kecil N.11 Dun Permatang Pasir berjalan dengan lancar walaupun terdapat kesesakan teruk di beberapa lokasi pusat pengundian

selanjutnya di http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=022249&Itemid=85

KDN Serbu Pejabat Majalah Zunar : Biodata Zunar : Nizar/Zambry


Mungkin tidak ramai yang mengenali Zulkiflee bin S.M. Anwar Ulhaque, anak kelahiran Bukit Junun, Gurun, Kedah ini. Mula berkarya seawal tahun 1973 di majalah 'Bambino', kemudian kartun karyanya mula tersiar di majalah 'Kisah Cinta' dan akhbar 'Mingguan Perdana'.

Zulkiflee bin S.M. Anwar Ulhaque adalah nama sebenar kartunis yang terkenal dengan nama samarannya Zunar. Zunar seterusnya berkarya bersama majalah 'Gila-Gila' terbitan Creative Enterprise Sdn Bhd. Ideanya yang sinis, mula menarik perhatian pembaca juga penerbit lalu ditempatkan kartun karya Zunar di dalam majalah sisipan 'Gila-Gila', 'Cili Padi' dengan kartun berjudul 'Gebang-gebang'.

Atas sambutan peminat serta pembaca 'Cili Padi' yang begitu menggalakkan, 'Gebang-gebang' akhirnya diterbitkan dalam bentuk koleksi. Zunar juga pernah memegang jawatan sebagai setiausaha Persatuan Kartunis Selangor dan Wilayah Persekutuan (Pekartun). 'Papa' pula merupakan karya Zunar yang disiarkan bersama akhbar 'Berita Harian' dalam bentuk kartun strip. Selain itu kartun berjudul 'Cinta Tak Semestinya Bersatu' dengan watak pasangan kekasih 'Liza' dan 'Kadok', 'Ofis Corner' yang memaparkan ragam kakitangan-kakitangan pejabat antara karya Zunar yang masih dicari pembaca serta peminat bagi generasi baru sebagai simpanan koleksi peribadi masing-masing.

Pada sekitar tahun 1998, atas rasa tanggungjawab beliau sebagai kartunis yang ingin menyampaikan sesuatu kepada masyarakat, Zunar mula beralih kepada bentuk kartun politik. Kali ini kartun politik hasil karyanya diterbitkan bersama akhbar 'Harakah'. Idea-idea tajam dengan humor yang sinis menunjukkan kematangan beliau dalam berkarya. Gaya lukisan kartun yang unik serta karikatur wajah ahli politik terkini dan terdahulu sering mencuit hati pembaca dan peminatnya dengan penyampaian mesej yang penuh makna.

Zunar masih bergerak aktif membentuk bakat-bakat baru sebagai kartunis pelapis di dalam bengkel kartun bersama beliau pada penghujung tahun 2006. Sifatnya yang kelakar dan suka bergurau menimbulkan satu suasana yang ceria bagi setiap sesi pembelajaran di dalam bengkel yang dianjurkan.

Buat peminat-peminat kartun karya Zunar yang telah lama menunggu, sebuah koleksi terbaru beliau telah berada di pasaran berjudul 'Cartoons On Tun And Others'. Bagi yang ingin melihat rakaman pelancaran buku itu serta gambar-gambar boleh menziarahi....http://blog.twilight-zones.com/?p=107 dan yang ingn membeli secara on line sila ke http://www.kinibooks.com/product_info.php?products_id=659 .

Zunar kini masih lagi berkarya untuk kartun politik di akhbar 'Harakah', 'Suara Keadilan', dan 'Wasilah'. Sebuah buku yang berjudul 'Ayah Kita Bos' hasil tulisan 'Si Naga-naga' dan 'Tok Rimau' turut menyiarkan kartun sentuhan Zunar.

Sumber: http://jonos.blogspot.com/2007_04_26_archive.html

Biodata Zulkifli Noordin-Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu P.18: Nizar/Zambry


Nama : ZULKIFLI BIN NOORDIN
T/ lahir : Juma'at 12 Sya'ban 1381 bersamaan 19 Februari 1962
Tempat Lahir : Kg.. Carok Bemban, Batu 42, Baling, Kedah
Profesion : Peguambela & Peguamcara / Peguam Syarie
Kelulusan : Ijazah Undang-Undang, Victoria University of Wellington, New Zealand

LATARBELAKANG AKADEMIK
Rendah : Ashby Road (English) Primary School, Ipoh
Menengah : Anderson School Ipoh; King Edward VII Taiping
Pra Universiti : Maktab Tentera Di Raja, Sungai Besi
A – Level : Pakuranga College, Bucklands Beach, Auckland, New Zealand
Universiti : Victoria University of Wellington, New Zealand (1982-1986)

KEGIATAN MASYARAKAT


1.Ahli EXCO Majlis Peguam Malaysia (sessi 2006-2007)
2.Ahli Jawatankuasa Perundangan Syariah, Majlis Peguam Malaysia (sessi 2008-2009)
3.Ahli EXCO Pertubuhan Peguam Pembela Islam (PPI)
4.Pengerusi, Madrasah To' Din (MTD), Baling, Kedah
5.Penasihat Undang-Undang, Masjid Jame' Bandaraya Kuala Lumpur
6.Penceramah di masjid, surau dan forum-forum yang bersesuaian di peringkat nasional dan antarabangsa.

PENGALAMAN

1.Panel peguam kes pemecatan YAA Tun Salleh Abbas, Ketua Hakim Negara
2.Peguam mewakili Kerajaan Negeri Kelantan dalam kes Nordin Salleh –lwn- Dewan Undangan Negeri Kelantan (kes lompat parti ADUN S. 46 ke UMNO)
3.Mewakili Kumpulan Darul Arqam mencabar fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan
4.Mewakili Puan Pendek Ahmad & Norhayati Mohd. Yusof didalam kes berkaitan skandal seks Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dengan gadis bawah umur)
5.Mewakili Al Fadhil Ustadz Kamal Asha'ari melawan Dato' Abdul Hamid Othman & Pusat Islam dalam kes fitnah terhadap Ustadz Kamal Asha'ari
6.Mengendalikan kes pemecatan YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri
7.Mengendalikan kes-kes murtad termasuk kes Nor 'Aishah binti Bukhori
8.Ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 29 September 1998 bersama-sama YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim dan 16 yang lain.
9.Mengendalikan kes Lina Joy –v- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan & Jabatan Pendaftaran Negara mewakili Angkatan Belia Islam Malaysia
10.Mengendalikan kes Pendakwaraya –v- Kumpulan Al Maunah yang didakwa atas pertuduhan mememrangi Yang Di Pertuan Agong dibawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan;
11.Menyampaikan ucapan dan pidato di University Columbia New York, London School of Economic, Cambridge University, UNESCO di Paris dan lain-lain.
12.Menyampaikan ucapan, pidato dan ceramah di UM, UiTM, UIA, UNITEN, UKM, KUSZA, Masjid-masjid, surau-surau, syarikat, bank, institusi-institusi dan lain-lain.

Sumber : http://zul4kulim.blogspot.com/2008/02/biodata.html

Monday, August 24, 2009

Yusri buat Konar baring plak dah... : Nizar / Zambry/ Teoh/ AlTantuya/ Rohaizat/Salleh

Kes Yusri ( Ex-Partner Rohaizat ): Kalau takut menanggung risiko, usah bicara soal perjuangan.
BARU beberapa hari membuat pendedahan bagi maksud membela dirinya yang telah dikambinghitamkan Umno , Yusri telah membuat konar baring 85 darjah.

Banyak juga pentas PAS dan Pakatan Rakyat yang Yusri jejaki untuk memberi gambaran dan cerita sebenar mengenai kes pembatalan sijil guaman calon BN, Rohaizat Othman. Rakyat juga yang mendapat untungnya kerana dengan pendedahan tersebut mereka kini tahu watak sebenar calon BN itu.

Tapi itulah, hanya pejuang kental yang akan bicara soal perjuangan. Dan Yusri bukan dari kalangan orang sebegitu (pejuang). Entah kenapa, tiba-tiba Yusri membuat Sidang Akhbar Kedua yang mendakwa beliau dipergunakan oleh parti tertentu, dan beliau tidak sanggup lagi melihat serangan berbentuk peribadi yang bertubi-tubi ke atas Rohaizat ekoran pendedahan yang dibuatnya.

Kita perlu faham di mana duduk perkara. Satunya, Yusri pada mulanya ikhlas memperjuangkan maruah diri, keluarga dan nama baiknya. Tetapi entah mengapa tiba-tiba berubah hati. Mungkinkah beliau mendapat tekanan dari pihak-pihak tertentu?

Keduanya, mengapa Sidang Media Kedua itu dibuat di Kuala Lumpur, tidak di Permatang Pasir seperti sebelum ini? Adakah sidang media tersebut telah diatur oleh orang-orang tertentu.

Cuba kita perhatikan kes-kes sebelum ini, Adun Behrang dan Changkat Jering dari PKR yang melompat parti melakukan sidang media di Kuala Lumpur, bukan di Perak, Exco PKR Kedah yang juga Adun Lunas yang mengumumkan diri sebagai Adun Bebas setelah bertindak keluar PKR juga membuat Sidang Media mengejut di Kuala Lumpur, tidak di Kedah, mahupun di Lunas sendiri.

Siapa yang menjadi 'mastermind' dalam mengatur segala percaturan ini?

Ketiganya, semua telah dimaklumkan sebelum ini bahawa Yusri adalah AHLI UMNO. Sudah tentu beliau mendapat tekanan dari pucuk pimpinan parti, walaupun beliau bukanlah ahli yang aktif.

selanjutnya di http://rubbertapperz.blogspot.com/2009/08/yusri-buat-konar-baring-plak-dah.html

Saturday, August 22, 2009

Tiga Soalan Khairy yang belum dijawab PAS: Nizar vs Zambry / Permatang Pasir: Biodata KJ

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata beliau masih menunggu jawapan daripada Pakatan Rakyat berhubung tiga isu besar yang dibangkitkannya dalam kempen pilihanraya kecil DUN Permatang Pauh.

Pertama, katanya ialah isu pengundi hantu dalam pilihanraya kecil ini;
kedua, mengapa PAS tidak mendapat kerusi exco dalam kerajaan negeri Pulau Pinang; ketiga, mengapa tiada sebarang rancangan atau pelan pembangunan buat rakyat sekiranya calon PAS menang di Permatang Pasir...

Biodata Khairy Jamaluddin


Tarikh lahir 10 Januari 1976 (umur 33)
Tempat lahir Bandaraya Kuwait, Kuwait
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) sebahagian daripada Barisan Nasional(BN)
Pasangan Nori Abdullah Badawi
Hubungan Menantu lelaki Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi
Pekerjaan Ahli politik, Wartawan
Agama Islam
Laman web http://www.rembau.net


KJ Sepintas lalu..
Khairy dilahirkan di Bandaraya Kuwait, Kuwait. Beliau merupakan satu-satunya anak bagi seorang bekas diplomat Dato' Jamaluddin Abu Bakar dan Dato' Rahmah Abdul Hamid.

Khairy melanjutkan pelajarannya di United World College of South East Asia di Singapura, dan pengajian universitinya di Universiti Oxford, United Kingdom. Ketika di Oxford, beliau menuntut di Kolej St. Hugh, dan kemudiannya graduan dalam bidang Falsafah, Politik, dan Ekonomi (PPE).

Walaupun penglibatan ekonomi dalam pengajiannya adalah minimum, Khairy menulis dan memberi komen tentang status dan iklim ekonomi di Malaysia. Beliau telah dikritik kerana menulis isu yang tidak difahami oleh beliau.

seterusnya di http://wapedia.mobi/ms/Khairy_Jamaluddin

Friday, August 21, 2009

Nizar / Zambry:17 Pengkhianatan Umno kepada Melayu

Dalam kesibukan Umno melaung-laungkan 'Anwar Pengkhianat', mereka lupa bahawa Umnolah yang sebenarnya pengkhianat kepada orang Melayu. Datuk Kamaruddin Jaafar, AJK PAS Pusat menyenaraikan 17 pengkhianatan Umno kepada orang-orang Melayu yang bermula semenjak zaman pemerintahan Mahathir lagi.

Berikut adalah 17 pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu yang dipetik dari http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22196&Itemid=1

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.

2. Melemahkan sistem kehakiman negara.

3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.

4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.

5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.

6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.

7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.

8. Persempadanan semula pilihanraya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.

9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.

10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.

11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.

12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.

13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Datuk Harussani � 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.

14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.

15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.

16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.

17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra

.................................

Biodata Anwar Ibrahim

Beliau dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.[2] Anwar bermaksud 'bercahaya'. Ayahnya Datuk Haji Ibrahim bin Abdul Rahman adalah merupakan bekas ahli Parlimen dan Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan Malaysia. Manakala ibunya Che Yan Hussein merupakan ahli pidato Pergerakan Wanita UMNO. Anwar sering dibawa ke majlis-majlis ceramah wanita

Pendidikan
Semasa kecil, beliau bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Stowell, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kemudian, beliau meneruskan pengajian persekolahan menengahnya di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dari tahun 1960 hingga 1966. Semasa di MCKK, beliau aktif dalam Persatuan Bahasa Melayu dan wakil pemidato sekolahnya. Beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Pengawas MCKK. Semasa di MCKK, Anwar mengenali Sanusi Junid, Kamaruddin Jaafar dan Yahaya Ahmad. Selepas itu pada tahun 1967, beliau melanjutkan pelajaran tinggi di Universiti Malaya dalam Pengajian Melayu (Sastera)

Zaman belia
1968 menjadi Presiden Kesatuan Bahasa Melayu 1968. 1968 juga menjadi Presiden Kesatuan Kebangsaan Penuntut Muslim Malaysia.
1969 Anwar berganding dengan Dr Mahathir Mohamad berdiri di pentas PAS menghentam Tunku Abdul Rahman dan menyebarkan surat layang .
1971 menubuhkan Angkatan Belia Islam Malaysia , ABIM dengan rakan-rakan daripada MCKK dahulu.
Menjadi Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM)
1973 Penasihat Majlis Belia Bangsa-Bangsa Bersatu.
1979 Menerima Pingat Utama Iqbal 100 Tahun oleh Presiden Zia Ul Haq, Presiden Pakistan.
Menerima gelaran Datuk daripada Sultan Ahmad Shah di Istana Pekan, Pahang dan dari Sultan Selangor kemudiannya.
1978 berkahwin dengan Dr Wan Azizah Datuk Ismail seorang penuntut Royal College of Surgeons, Dublin, Ireland. Azizah bertugas di Klinik Mata di Hospital Universiti , Petaling Jaya.
Ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri,ISA 1974-1976 kerana demonstrasi jalanan di Universiti Malaya berhubung kemiskinan tragis di Baling, Kedah. Penduduk pedalaman Baling dibiarkan 'reput' kerana dipercayai tempat persembunyian komunis.
Anwar pernah berada di pentas PAS dan mengkritik Tunku Abdul Rahman berhubung Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Pertubuhan, kemiskinan, ekonomi dan lain-lain.

Meninggalkan ABIM
Anwar Ibrahim meninggalkan Angkatan Belia Islam Malaysia ( ABIM ) pada 29 Mac 1982 untuk menyertai UMNO. Terdapat 40000 ahli ABIM ketika itu.
ABIM merupakan sebuah gerakan Islam .Abim melihat UMNO sebuah parti yang sekular.

Sesetengah pemimpin ABIM bertindak menjauhkan diri daripada ABIM kerana menganggap ABIM tidak mempunyai maruah lagi, pengasasnya mudah dibeli.
Ramai meramalkan Anwar terperangkap oleh pujukan Dr Mahathir dan akan dimusnahkan oleh Dr Mahathir kemudian hari. Ternyata telah ini benar-benar berlaku pada tahun 1998.
Kekuatan ABIM 'lumpuh' dengan ketiadaan Anwar Ibrahim

Tidak menyertai PAS
Anwar pernah dikatakan akan menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Anwar pernah dianggap sebagai 'Pemimpin al Khahfi' oleh ahli-ahli PAS dan benar-benar berharap Anwar akan menyertai PAS. Subki Latif dalam bukunya Siapa Ganti Asri menamakan Anwar Ibrahim akan mengambil teraju PAS daripada Datuk Mohd Asri Haji Muda. Calon ini layak kerana idealisme dan prinsip perjuangan yang sama dengan PAS.
Dalam pilihan raya umum 1978, Anwar dan ABIM pernah membantu Datuk Mohd Asri bin Haji Muda mempertahankan kerajaan PAS di Kelantan.
Beberapa pemimpin kanan ABIM menyertai PAS menjelang pilihan raya dan bertanding atas tiket PAS. Antaranya ialah Nakhaei Haji Ahmad, Datuk Fadzil Noor, Abdul Halim Arshad, Haji Abdul Hadi Awang, dan Ustaz Yahya Othman.
Keengganan Anwar menyertai PAS menyebabkan ada yang menuduh Anwar sebagai kecewa dan mengaku kalah sebelum berperang dengan UMNO.
Malahan Datuk Asri sanggup mengundurkan diri dari jawatan Yang diPertua PAS untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim. Tindakan Anwar ini dianggap tidak syar'ie

Penglibatan dengan politik UMNO
Anwar terjun kedunia politik dan bertanding di kerusi parlimen Permatang Pauh di atas tiket UMNO dalam dalam tahun 1982. Beliau menang dengan majoriti yang besar. Beliau kemudian dilantik sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri. Dalam tahun yang sama Anwar menewaskan Haji Suhaimi Kamarudin, penyandang, untuk menjadi ketua Pergerakan Pemuda UMNO. Anwar kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi menteri penuh sebagai Menteri Belia, Kebudayaan dan Sukan. Dua tahun kemudian Anwar dipindahkan kepada portfolio Kementerian Pertanian. Dalam tahun 1987 memenangi jawatan Naib Presiden UMNO dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Pendidikan. Beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan dalam tahun 1991. Dalam tahun 1993 Anwar menewaskan Ghafar Baba untuk menjadi Timbalan Presiden UMNO dan kemudian dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Anwar pernah dipilih menjadi Presiden Persidangan Tahunan UNESCO dan Pengerusi Jawatakuasa Pembangunan dalam mesyuarat besama Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF). Kerana sumbangannya terhadap kesefahaman antara kebudayaan beliau di anugerahkah ijazah kedoktoran kehormatan oleh Ateneo de Manila University dan anugerah presiden oleh Georgetown University.


Jawatan dalam kerajaan
1982 - 1983 Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
1983 - 1985 Menteri Belia dan Sukan
1985 - 1986 Menteri Pertanian
1986 - 1990 Menteri Pendidikan
1990 - 1998 Menteri Kewangan
1993 – 1998 Timbalan Perdana Menteri

maklumat seterusnya klik http://ms.wikipedia.org/wiki/Anwar_Ibrahim

Thursday, August 20, 2009

Nizar / Zambry: Bolehkah orang pecah amanah menjadi wakil rakyat? - Mahfuz

Petikan dari blog Mahfuz Omar di http://gemasuara.blogspot.com/

Wednesday, August 19, 2009
Bolehkah orang pecah amanah menjadi wakil rakyat?
Dalam kalangan Umno, Setiausaha Bahagian Permatang Pauh itu masih dikenali sebagai pengamal undang-Undang atau peguam. Ia ditegaskan oleh mediapro Umno dengan tajuk hebat, "Peguam syarie lawan ahli perniagaan" untuk membayangkan status calon BN itu.

PAS dan Pakatan Rakyat mempersoalkan sebab musabab mengapa calon taruhan Timbalan Presiden Umno Dato' Seri Muhyiddin Yassin itu tidak meletakkan kerjaya 'Peguam' dalam borang penamaan calonnya kelmarin.

Rohaizat mengakui bahawa beliau adalah ahli peniagaan; sama seperti calon Pakatan Rakyat dari PAS Mohd Salleh Man.

Dikatakan persoalan itu ada kaitannya dengan pengumuman yang dibuat Presiden Majlis Peguam Negara Ragunath Kasavan, Rohaizat ditarik balik (struck off) status peguam berdasarkan Bahagian 103D Akta Guaman 1976 atas kes penyelewengan wang.
Rohaizat mesti menjelaskan segala kesangsian dalam kalangan pengundi Dun Permatang Pasir sekarang.

"Isunya jelas...Majlis Peguam membatalkan lesen beliau (Rohaizat) atas isu-isu berkaitan peribadi seperti pecah amanah RM161 ribu wang Koperasi Pekebun Kecil tahun lalu."


Bagaimana seorang yang sah pecah amanah boleh menguruskan amanah rakyat di Permatang Pasir kelak.

.................................................................


Biodata Mahfuz Omar




Saya gagal mencari biodata tokoh pas yang saya kagumi ini... kalau ada rakan2 yang boleh tolong..

Wednesday, August 19, 2009

Nizar/Zambry: Rais tidak tahu apa itu email?

KUALA LUMPUR, 19 Ogos: Apakah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim tahu apa itu e-mail? Nampak soalan ini lucu untuk ditujukan kepada seorang yang dilantik sebagai menteri yang menjaga hal ehwal komunikasi negara tetapi ini bukan lawak.

Ada pihak, termasuk dalam kerajaan dan Umno sendiri yang ragu-ragu apakah Rais tahu apa itu email dan lain-lain gadget komunikasi terkini.

Perkara ini berbangkit, apabila Rais dilaporkan bercadang untuk menapis internet di negara ini.

"While we're on the green dam, do you think Rais knows what email is? Forget FB (facebook), Twit (twitter), etc. Is he even 1.0? I think he kolot."

selanjutnya di
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22180&Itemid=1

Berikut Biodata DS Rais Yatim yang dipetik dari http://www.silobreaker.com/


First Name: Rais
Last Name: Yatim
Title: Minister of Culture, Arts and Heritage
Organization: Government of Malaysia
Country: Malaysia
Date of Birth: 15/04/1952
Place of Birth: Kg Gagu, Jelebu, Negeri Sembilan
Spouses:
•Seri Masnah Muhamat (current)
Children:
•Malini (female)
•Dino (male)
•Danni (male)
•Ronni (male)
Education:
Secondary

•Government English, School, Jelebu, Negeri Sembilan. 1961 School Certificate
Tertiary

•Language Institute, Lembah Pantai, Kuala Lumpur. 1961-1963 Diploma in Teaching
•University of Northern Illinois, United States. 1966 Diploma in Psychology
•University of Singapore. 1973 LL.B.
•King's College, University of London, United Kingdom. 1991-1994 Ph.D in Public Law
CV:
•1964-1965 Training Co-ordinator, US Peace Corps Language Teaching Staff University of Northern Illinois, United States and University of Hawaii at Hilo.
•1966-1968 Language Teacher, Ministry of Education.
•1973 Lecturer, MARA Institute of Technology. (Now known as Universiti Teknologi MARA)
•1974-1978 Member of Parliament for Jelebu, Negeri Sembilan.
•1974-Mar 1976 Parliamentary Secretary, Ministry of Culture, Youth and Sports.
•Mar 5, 1976-1977 Deputy Minister, Ministry of Law.
•1977-1978 Deputy Minister, Ministry of Home Affairs.
•1978-1982 State Assemblyman for Pertang, Negeri Sembilan.
•Jul 12, 1978-1982 Menteri Besar, Negeri Sembilan.
•1982-1990 Member of Parliament for Jelebu, Negeri Sembilan.
•1982-1984 Minister, Ministry of Land & Regional Development.
•Jul 15, 1984-1986 Minister, Ministry of Information.
•Aug 11, 1986-May 7, 1987 Minister, Ministry of Foreign Affairs.
•1988-Oct 1996 Deputy President, Semangat 46 Party.
•1991-1994 Pursued post-graduate studies at the University of London (Ph.D in Public Law).
•Runs his law firm (Ram Rais and Co.).
•Nov 10, 1999 Appointed Advocate and Solicitor at the Singapore High Court.
•Nov 1999 Member of Parliament for Jelebu, Negeri Sembilan.
•Dec 10, 1999-Mar 26, 2004 Minister, Prime Minister's Department.
•Mar 27, 2004 Minister, Ministry of Culture, Arts and Heritage.
•1981 Member, UMNO Supreme Council.
•1984 Member, UMNO Supreme Council.
•1988-Oct 1996 Semangat 46 Deputy President.
•Aug 1992 Semangat 46 Return unopposed as S46 Deputy President.
•Oct 10, 1996 * Semangat'46 has agreed to dissolve (NST paper) their party, ending S46's span as a political organisation.
•Oct 1996 UMNO Joined as ordinary member. mHe is a member of his old Umno mBranch in Kampung Gagu.
•Advisor, Jelebu UMNO Division,
Negeri Sembilan.
•Mar 2001 Chief, Jelebu UMNO Division. Won uncontested.
•2004 UMNO Appointed Supreme Council member.
•Till Sep 1992 Koperasi Usaha Bersatu Berhad. (KUB) Director

•1988 Chairman, Pemadam.
•Aug 8, 1997 Chairman, Broadcasting Advisory Panel.
•Aug 1999 Member, National Economic Consultative Council. (MAPEN II)
Awards: Jul 19, 1978 D.S.N.S. Dato' Setia Negeri Sembilan, Negeri Sembilan. Dato'
Jul 19, 2001 S.P.N.S. Seri Utama Negeri Sembilan, Negeri Sembilan. Dato' Seri Utama
Mar 30, 2002 S.J.M.K. Seri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan, Kelantan. Dato'
Jun 20, 2004 Selendang Kehormat, Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM)
Oct 24, 2005 S.S.A.P Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang, Pahang. Dato' Sri

Nizar / Zambry : Dr Sihat... BIODATA DR. LO' LO' DATO HJ. MOHD GHAZALI

Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali, Ahli Parlimen Titiwangsa, selamat menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) dan kini dalam peringkat pemulihan...

Berikut biodata lengkap beliau yang dipetik dari http://pru12.pas.org.my/



TARIKH LAHIR: 2 OGOS 1957

UMUR: 50 TAHUN

TEMPAT LAHIR/ASAL: KUALA KANGSAR, PERAK

PEKERJAAN: DOKTOR


LATAR BELAKANG AKADEMIK:

1. SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN CONOLLY, IPOH

2. SEKOLAH RAJA PEREMPUAN TAAYAH, IPOH

3. KOLEJ ISLAM KLANG

4. UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA – IJAZAH PERTAMA (KEDOKTORAN)

5. ADELAIDE ALTERNATIVE MEDICINE & SURGERY – ACUPUNTURIST


KEGIATAN DI UNIVERSITI:

1. AHLI MPP UKM

2. EXCO PERSIAP UKM


PERTUBUHAN NGO:
KHIM
Yayasan Amal Malaysia
PPIM
PAPISMA
Persatuan Allergy & Aesthetic
Persatuan Hypertension
AFMY
ABIM
Al Khadeem
JIM
Persatuan Alumni FPUKM
Alumni ALKIS
Alumni SISTA.


KEGIATAN DALAM PAS:
AJK Dewan Muslimat PAS Pusat
Ketua Dewan Muslimat Titiwangsa
Ketua Pengarah Al-Nisa’
Ajk Kerja Pas Pusat
Mewakili parti sebagai Exco Asian Federation Of Muslimyouth.


JAWATAN KINI: PENGARAH EKSEKUTIF DI PUSAT PERUBATAN KOHILAL


PENGALAMAN DALAM PILIHANRAYA: PERNAH BERTANDING DI PARLIMEN P59 BUKIT GANTANG DALAM PILIHANRAYA KE-11.

Tuesday, August 18, 2009

Nizar / Zambry : Pak Samad Said masuk PAS? Biodata A Samad Said

Dijangkakan pada 21 Ogos ini A Samad Said dan GMP akan berada di Permatang Pasir dan dikatakan akan berceramah di pentas PAS... sama-samalah kita tunggu.

Berikut biodata beliau yang dipetik dari http://www.esastera.com

BIODATA
A. SAMAD SAID dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Dia menerima pendidikan di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946), Victoria Institution sehingga memperolehi Sijil Senior Cambridge (1956). Pencapaian dan sumbangan Samad Said dalam memperkaya dan meninggikan nilai kesusasteraan Melayu telah mendapat penghargaan pemerintah apabila pada 29 Mei 1976 bersama beberapa pengarang lain beliau telah diiktiraf sebagai Pejuang Sastera.

Tahun 1979 turut memberi erti pada Samad, apabila beliau dilantik oleh Perdana Menteri sebagai salah seorang anggota panel Anugerah Sastera dan dalam tahun yang sama beliau telah memenangi Hadiah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write Award). Kemuncak pencapaian Samad sebagai sasterawan ialah apabila beliau dipilih sebagai penerima Anugerah Sastera Negara 1985. Dalam majlis penganugerahan itu telah dipentaskan sedutan drama terbaru A. Samad Said berjudul Wira Bukit. Dalam bidang penulisan, A. Samad Said turut menggunakan nama pena Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra dan Shamsir


PROFIL RINGKAS
Nama: Datuk Abdul Samad Muhammad Said. Nama Pena: A Samad Said, Hilmy Isa, Isa Dahmuri, Jami Kelana. Tarikh/Tempat Lahir: Pada 9.4.1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Pendidikan: Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-46), Sekolah Jepun (3 bulan), Victoria Institution sehngga Senior Cambridge, 1956). Kerjaya: Kerani hospital, Pengrang Utusan Melayu, Pengarang Warta Tebrau, Pengarang Berita Harian. Anugerah: Pejuang Sastera (1976), SEA Write Award (1979), Sasterawan Negara (19850, Sasterawan Nusantara (1999). Karya: Salina, Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri, Sungai Mengalir Lesu, Di Hadapan Pulau, Langit Petang, Daerah Zeni, Hujan Pagi, Lantai T Pinkie, Wira Bukit, Benih Harapan, Benih Semalu, Daun Semalu Pucuk Paku, Warkah Eropah, Al-Amin, Suara Dari Dinding Dewan

Monday, August 17, 2009

Nizar / Zambry: Gobala dikasari polis? Biodata: Gobalakrishnan Nagapan


Biodata: Gobalakrishnan Nagapan

1960: Born in Sitiawan, the seventh of nine children

Studied in SRJK (Ing) Gandhi Memorial School in Sitiawan, SM Tok Perdana, and SMJK Nan Hwa, Sitiawan

1978 - 1981: Studied electrical engineering at Kolej Sultan Ahmad Shah (ILSAS, Bangi)

1984: Married former national athlete Vasanthi Ramalingam after a two-year courtship. They met while both were involved in athletics and now have three children.

1981-1993: Worked in Tenaga Nasional

1993-1999: Fulltime politican with the MIC. (Last post held: Secretary-general, MIC National Youth)

April 1999 - Joined Keadilan

Nov 1999 - Stood as candidate in the Teluk Kemang parliamentary seat but lost

July 1999 - Nov 2001: Vice-chairman of Keadilan Youth

Currently Keadilan Supreme Council Member

sumber: http://www.aliran.com/oldsite/monthly/2001/11e.html

Sunday, August 16, 2009

Nizar / Zambry : Man United(1) vs Birmingham(0) : Biodata Wayne Rooney

Sunday - (16.08.09)

Wayne Rooney Biodata

Full Name:
Wayne Mark Rooney

Date Of Birth:
24th October, 1985

Place Of Birth:
Croxteth, Liverpool, Merseyside, England

Wayne Rooney’s Key Matches
Wayne Rooney started his professional football playing at Everton Football club, debut in 2002 and scored 15 goals in his 67 appearances, for the club.

Wayne Rooney got famous for his first goal in the premiership which he scored against the defending champions Arsenal in 2002 season, beating the English Goalkeeper David Seaman.

Current Status
Wayne Rooney currently plays with Manchester United. Wayne Rooney signed for Man Utd in 2004, Manchester United paid a hefty transfer fee(around 30m pounds) to sign him. Rooney marked his Manchester United debut on 28th September 2004 by scoring a hat-trick against Turkish side Fenerbahçe S.K. in a 6-2 UEFA Champions League group stage win.

Wayne Rooney Achievements
Playing with Manchester United the team won the 2006-2007, 2007-2008 Barclays Premier League title and 2007-2008 UEFA Champions League Trophy.

Watchout for updates and additions to Wayne Rooney’s profile, including Wayne Rooney history, Wayne Rooney goals, Wayne Rooney achievements, Wayne Rooney best scores, Wayne Rooney biodata, Wayne Rooney best goals, Wayne Rooney club appearances, Wayne Rooney pictures, Wayne Rooney videos, Wayne Rooney Gallery

Nizar / Zambry : Akhil VS Waheeda - selamat diijabkabul

HULU SELANGOR: Setelah dua tahun membiarkan banyak pihak membuat spekulasi dan berteka-teki tentang hubungan mereka, penyanyi serta penceramah bebas, Akhil Hayy, 40, dan penyanyi popular Waheeda, 30, akhirnya telah selamat diijabkabulkan di Masjid Ar Rahimah, Kuala Kubu Baru, hari ini.

Hanya dengan sekali lafaz, Akhil atau nama sebenarnya, Akhil Abdul Hayy sah bergelar suami kepada penyanyi yang popular dengan lagu Wassini itu pada majlis pernikahan mereka yang dihadiri oleh kira-kira 200 tetamu yang rata-ratanya terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara serta kenalan rapat kedua-dua belah pihak.

lagi http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2009/8/16/mstar_hiburan/20090816110517&sec=mstar_hiburan


Biodata Akhil Hayy



Nama Penuh : Akhil Abdul Hayy
Tarikh Lahir : 5 November 1969
Tempat Lahir : Kg Gunung Mesah Hilir, Gopeng, Perak
Isteri : Maizawati Zainal
Anak : Diana Sofia, 13 Siti Nur Maisarah, 9 Mohd Shariff Hidayatullah, 8 Mohd Shaqir Hidayatullah, 5
Album : VC 1423H Nasyid Lagenda (Platinum)
GELARAN Ustaz Rock sudah sinonim dengan penceramah dan pendakwah Akhil Abdul Hayy yang lebih senang namanya dibunyikan sebagai 'Aqil, bekas vokalis kumpulan rock D'Riyadh yang mewarnai persada seni tanah air sekitar penghujung 1980-an.
Transformasi daripada kehidupan sebagai penyanyi kepada pendakwah menjadikan perjalanan kisah hidupnya menarik perhatian terutama di kalangan jemaah yang setia mengikuti setiap ceramah agama beliau. Ia mungkin disebabkan untuk berubah kepada keadaan lebih baik bukan sesuatu yang mudah dan hanya mereka yang pernah melalui detik dipanggil 'turning point' itu dapat merasai nikmat kurniaan Ilahi.Justeru, kata anak kelahiran Kampung Gunung Mesah Hilir, Gopeng, Perak itu, beliau tidak kisah apabila sering diperkenalkan sebagai bekas penyanyi rock pada setiap majlis ceramah dihadiri.
Honestly, saya sering mendengar ceramah Ustaz Akhil Hayy. Saya tertarik dgn cara Ustaz Akhil Hayy memberi ceramah yg lebih mesra remaja. Remaja tak boring, org2 tua juga tdak bosan dgn ceramah beliau. Ketika ini, Ustaz Akhil Hayy sudah popular di Astro yg mana beliau sudah ada rancangan sendiri di Astro Oasis. Ustaz Akhil Hayy juga beberapa kali ditemuramah di rancangan Muzik Di Ria termasuk dlm episod Aidiladha minggu lepas.
Saya yakin beliau mampu bukan sahaja menjadi penceramah, penyanyi mahupun ustaz tetapi beliau berkebolehan menjadi ahli politik suatu hari nanti. Hopefully beliau akan menjadi calon wakil rakyat utk pilihanraya yg akan datang. Kepada Ustaz Akhil Hayy, selamat maju jaya dgn perjuangan beliau.


Saturday, August 15, 2009

Nizar / Zambry: Biodata Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

BIODATA TOKOH
Y.A.B. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Menteri Besar Terengganu Darul Iman

KELAHIRAN

Lahir pada 6 Zulhijjah 1366 bersamaan 20 Oktober 1947 di kampung Rusila, Marang, Terengganu. Anak ke 5 dari 9 orang adik beradik. Ayahnya adalah seorang guru agama dan imam di Masjid Rusila, Marang.

KELUARGA

Mempunyai dua orang isteri iaitu Puan Hajjah Zainab bt. Awang, 47 tahun dan Dr. Norzita Taat, 37 tahun. Anak 13 orang. Dengan isteri pertama beliau mempunyai 11 orang anak manakala dengan isteri kedua, beliau mempunyai 2 orang anak. Anak sulong beliau berumur 22 tahun dan kini belajar di Universiti Iman, Yaman.

PENDIDIKAN

Mula belajar di Sekolah Kebangsaan Rusila, Marang kemudian Sekolah Agama Marang dan seterusnya mengambil senawi di Sekolah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Disamping itu belajar agama, Bahasa Arab serta politik dari ayah sendiri iaitu Tuan Guru Haji Awang Muhamad. Melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah dengan biasiswa dari Kerajaan Arab Saudi dari tahun 1969 - 1973. Tamat dengan B. A (Syariah). Melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar ke peringkat M.A (Siasah Syariyyah) dan berjaya menamatkannya dalam masa 2 tahun sahaja (1974 - 1975)

POLITIK

Mula aktif sejak tahun 1964 iaitu semasa belajar lagi sebagai Setiausaha Ranting (sekarang cawangan) PAS kampung Rusila, Marang. 1976, setelah tamat belajar dan pulang ke tanah air dilantik menjadi Ketua Pemuda PAS Terengganu serta EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat. Pada tahun 1977 dipilih menjadi Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan kemudiannya disahkan ke jawatan tersebut pada tahun 1980. Pada tahun 1989 di pilih menjadi Timbalan Presiden PAS setelah Dato' Fadzil Mohd Noor dipilih menjadi Presiden PAS.

PILIHANRAYA

Mula menyertai pilihan raya sebaik sahaja pulang ke tanah air pada tahun 1978 di DUN Marang dan kalah di tangan Tengku Zahid Musa dengan majoriti 68 undi. Pada tahun 1982 diamanahkan sekali lagi menjadi calon PAS di DUN Marang dan Parlimen Dungun. Menang di DUN Marang tetapi kalah di Parlimen Dungun di tangan Haji Awang Jabar. Pada tahun 1986, bertanding DUN Rhu Rendang dan menang tetapi kalah di Parlimen Marang di tangan Abdul Rahman Bakar. Pada tahun 1990 menang di DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang. Begitu juga tahun 1995, menang di DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang.

ANTARABANGSA

Mula terlibat di peringkat antarabangsa di Madinah apabila menjadi Ketua Pelajar Malaysia Universiti Islam Madinah di samping menjadi Setiausaha Agung Gabungan Pelajar-pelajar Asia Tenggara di Madinah. Semasa di Asia Barat, beliau aktif bersama Gerakan Ikhwanul Muslimin bersama Dr. Said Hawa, Profesor Muhamad Al Wakeel serta Dr. Abdul Satar Al Khudsi. Di Mesir pula, beliau menjadi Setiausaha Seksyen Syariah dan Undang-undang Persatuan Melayu Republik Aram Mesir. Sebagai pemimpin kanan PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang banyak terlibat di peringkat antarabangsa samada gerakan Islam atau gerakan rakyat.

Antaranya :-

1. Ahli Penyelaras Sekretariat Parti-parti Islam Sedunia yang berpusat di Istanbul Turki.

2. Ahli Sekretariat Perjuangan Rakyat mempertahankan Baitul Maqdis yang berpusat di Amman, Jordan.

3. Ahli Majma' Taqrir di kalangan mazhab-mazhab Islam yang berpusat di Tehran, Iran.

4. Ahli deligasi ahli Parlimen parti-parti Islam yang dipimpin oleh Dr.Necmetin Erbakan, bekas Perdana Menteri Turki menemui Setiausaha Agung PBB, Butros Butros Ghali serta menemui Ahli Senat Amerika Syarikat.

5. Menyertai deligasi ahli-ahli Parlimen Parti Islam melawat Eropah yang diketuai oleh Dr. Erbakan.

6. Menyertai deligasi pemipin parti Islam seluruh dunia menemui raja-raja serta presiden negara-negara Asia Barat sebelum Perang Teluk.

7. Mengiringi Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor bersama deligasi pemimpin German Islam seluruh dunia untuk mendamaikan kumpulan-kumpulan mujahidin Afghanistan.

BADAN BUKAN KERAJAAN

Menjadi Ketua Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Negeri Terengganu 1977 - 1978.

PENGALAMAN KERJA

Menjadi Pegawai Yayasan Islam Terengganu setelah tamat belajar 1977 - 1978

Maklumat seterusnya klik http://www.geocities.com/amanat_my/biodata.htm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...