klik kalau berani... PASTIKAN ANDA 18 TAHUN KE ATAS..

Saturday, September 5, 2009

Tan Sri Isa Samad - Calon PRK Bagan Pinang | Nizar pkfz

Antara tokoh yang dibayangkan sebagai calon BN di Bagan Pinang nanti ialah Tan Sri Isa Samad, sama-samalah kita tunggu...

................................................

Biodata Mohd Isa bin Hj. Abdul Samad

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Mohd Isa Abdul SamadTan Sri Mohd Isa B Hj. Abdul Samad (lahir 14 November 1949) merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan bekas Naib Presiden UMNO. Beliau menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun dari April 1982 - Mac 2004. No keahlian UMNO beliau ialah No 22

Latar belakang
Dilahirkan di Melaka dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bagan Pinang, Port Dickson. Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya sebelum bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Datuk Abdul Razak, Seremban (1973-1978).

Isterinya Puan Sri Hazizah Tumin yang dikahwini pada 26 Nov 1977. Hazizah Tumin meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras, Kuala Lumpur pada 7 Disember 2005. Beliau mengidap kanser parotid yang dihidapi sejak 1995.

Anak mereka bernama Mohamad Najib (27), Megawati (24),Lelawati (21) , dan Juhaida (16).


Politik
Memulakan kerjaya politiknya pada tahun 1978 dengan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Linggi. Menjadi Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, Port Dickson.

Beliau kemudiannya dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Sembilan sehinggalah pilihanraya 1982.

1993 Mohd. Isa bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO namun beliau tewas kepada Tan Sri Rahim Thamby Chik. Dalam pilihan raya 1999, Isa Samad menewaskan Dr. Rosli Yaakop dari PAS di N29 Linggi.

Dalam Perhimpunan Agung UMNO 2000, Isa Samad bertanding merebut jawatan Naib Presiden UMNO tetapi tewas. Menteri Besar yang turut tewas ialah Datuk Seri Abu Hassan Omar, Datuk Osu Sukam, dan Datuk Abdul Ghani Othman.

Dalam pilihan raya 2004 Isa Samad bertanding di kawasan Parlimen Jempol. Sebelum ini parlimen Jempol dimenangi oleh Datuk Khalid Yunus (BN).

Isa Samad kemudiannya dilantik menjadi Menteri Wilayah Persekutuan sehingga 2005.

Mohd. Isa memenangi jawatan Naib Presiden UMNO bagi penggal 2004-2007 dengan memperoleh 1,507 undi iaitu tertinggi mengatasi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (1,329 undi) dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin (1,234 undi).


Digantung keahlian UMNO
Lembaga Disiplin Umno menggantung keahliannya selama tiga tahun (24 Jun 2005 hingga 23 Jun 2008) berhubung amalan politik wang dalam Perhimpunan Agung UMNO 2004 selepas menangi jawatan naib presiden. Lembaga Disiplin UMNO dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail. Beliau bersalah terhadap lima daripada sembilan pertuduhan politik wang .Antaranya membabitkan penganjuran pertemuan, mengadakan majlis makan dan memberi wang untuk membeli undi.Salim Shariff yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jempol turut digantung keahlian selama sepenggal atau tiga tahun. .Semua jawatannya dalam parti, termasuk sebagai ketua Umno bahagian Teluk Kemang digantung. Pada 6 Julai 2005 , Majlis Tertinggi (MT) Umno menolak rayuan Isa Samad tapi mengurangkan hukuman penggantungan dari 6 tahun kepada 3 tahun sahaja. Pada 23 Jun 2008, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menghantar surat kepada Isa Samad.

Kes Isa Samad ini berkait dengan kenyataan oleh Datuk Seri Rais Yatim tentang 18 orang yang akan ditahan untuk disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah. Ketika itu Rais Yatim merupakan Menteri Kehakiman Malaysia.

Selepas digantung keahlian, Mohd Isa telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan pada 17 Oktober 2005.


Kontroversi
Harapan 500 peneroka Felda Sendayan , Labu, Negeri Sembilan untuk menjadi jutawan sepertimana peneroka di Felda LBJ Johnson, Labu hanya tinggal impian. Sebelumnya Isa Samad berusaha menukar status tanah peneroka itu agar lebih lumayan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...